bismillah
lain novel, lain kekuatannya.
pada (aku), kekuatan Imaen bukan pada bahasanya. bukan juga pada penceritaannya yang kurang ‘terasa’ plotnya. ya, novelnya terisi pendahuluan, klimaks, dan peleraian, tapi entah, sepertinya ‘kurang’ terasa. malah, kalau orang yang sebetulnya berminat keindahan bahasa dan keluhuran sastera, Imaen sewajarnya bukan pilihan.
kekuatannya, mungkin pada isu masyarakat yang cuba diolah, tapi dengan sangat sederhana dan santai. Imaen ada rentaknya tersendiri dalam mengangkat isu, atau tema penceritaannya. isu-isu yang diangkat kebanyakannya seputar hal-hal yang kecil (tapi sangat dominan dalam masyarakat), contoh; bermain gajet sewaktu makan bersama kawan-kawan, atau lelaki sewenangnya masuk ‘bilik’ perempuan dan sebaliknya melalui y!m, facebook atau laman sosial lain di tengah malam buta, geng parti A yang bertudung labuh tapi menjeling si B dari parti B yang tidak sempurna penutupan auratnya, dan sebagainya.
dan, ada banyak juga ilmu baru yang terdapatkan dari novel-novelnya. kalau dalam Bohemian, dia banyak mengenengahkan bab alam sekitar. kalau dalam UCBS, terselit isu KFC; boikot atau tidak? khilaf sambutan Hari Ibu, haram atau harus; yang diselitkan dengan ‘sempoi’, tapi ada. sekurang-kurangnya, dia sedang memberitahu pembacanya, “kalau mahu tahu lebih, sila cari dan baca sendiri”
kadang, adalah juga isu yang cuba diselitkan, tapi sepertinya kurang bersesuaian dengan situasi. tapi disebabkan itu ilmu baru, maka aku pun angguk-anggukkan saja, dan berakhir dengan; "ohh, menarik. baru tahu!". selain itu, ada juga ‘diperkenalkan’, nama-nama seperti Latif Mohidin, Chairil Anwar, Gabriel Garcia Marquez, Dr. Emato, dan lain-lain.
bagi aku, paling menariknya adalah, ketidaksempurnaan watak ‘hero’. lagi pula, kebanyakan yang cuba dikritik Imaen dalam novelnya, adalah seputar “akhlak” hero itu sendiri. maka, tiadalah watak ‘hero’ atau ‘heroin’ yang sempurna!
tapi jujur, jalan kisah cintanya bagi aku, agak bosan sedikit. kurang saduran emosi, mungkin? klise, perkembangannya terlalu cepat. atau memang ada, jenis pandang kali pertama, terus jatuh cinta? hmm, mungkinlah.
pendek kata, kalau pengarangnya Imaen, usah percaya sepenuhnya pada blurb belakang buku yang cuma soal cinta hero-heroin, atau tajuknya yang romantis seperti; "Urusan Cinta Belum Selesai".
setelah ‘menelaah’ dua novel karya Imaen, soalan pertama yang akan ditanya untuk novel ketiganya (baiklah, - selepas exam), mungkin; “isu apa pula yang dia mahu kongsikan?”
hmm.

Rauf (watak utama) ini kidal, macam Zahiril Adzim (eh). cuma, dia bukan pelakon, tapi tukang taip, editor, penjual buku, dan penulis novel, malah blogger juga! paling penting, dia kelahiran Sungai Petani. samalah kita! . |
*maaf, (aku) di sini merujuk pada pendapat peribadi semata-mata. boleh diterima, boleh ditolak. bak motto watak utama (Rauf), dalam novel UCBS, "mari kita raikan perbezaan (pendapat) antara kita".
hai AOP.
4 comments:
Salam Kak Umairah :)
saya baru baca Bidadari Burung - SM Zakir
tentu akak akan suka juga. ce cari ce cari ;p
wa'alaikummussalam adik :)
oh ye? baca nama penulis pun dah unik. insyaAllah, akak "ce cari ce cari" nanti, okay? ;D
terima kasih rekemending, suka! :)
chairil anwar? hm, menarik ;)
akak baca novel2 tere liye tak?
anis;
ya, adik. cumanya, dia taklah cerita banyak. cuma quote kata-kata, dan selit sikit-sikit dalam novel :)
belum pernah baca lagi. akak cuma follow dia di fb saja. dan, tengok beberapa filem yang diambil dari novel.
insyaAllah, akak try nanti ;) konfem lagi best dari filem! :D
Post a Comment