Pages

Tuesday, May 28, 2013

entri dua hari lagi, sebelum kertas kedua!

bismillah
 
buku (i)

kalau tidak ter- salah, dalam satu bab dari buku "bagaimana menyentuh hati – abbas as-siisiy" ada menceritakan tentang perlakuan melayani seorang sahabat yang baru. mengiktirafnya di hadapan sahabat-sahabat yang lain, memperkenalkan namanya, dan lain-lain.

malah, lebih baik, menyebut memuji usaha-usaha, dan kebaikan-kebaikannya.

titik.
 
--

buku (ii)

dingin pagi ini, dalam pejam celik, kabur dan terang aku, ada satu lintasan cahaya putih menerangkan semuanya, plurp!

aku tiba-tiba macam terletak di satu bilik fotograf. ada kamera. ada lampu neon kuning yang besar; menyala di tengah-tengah sudut. dan sedang ada satu babak. perempuan baya umur aku. mengheret satu beg troli, penuh buku. menggalas satu beg besar, juga penuh buku.

dan entah bersebabkan apa, malangnya gadis ini, beg galasnya koyak. anehnya, bukunya tak berterabur sekaligus, semua. satu-satu bukunya jatuh mengikut langkahannya.

satu langkah, satu buku jatuh. demikianlah, seterusnya. hingga begnya langsung kosong, ringan, tak tersedar.

kemudian, cahaya hilang. babak semua putih kosong, mengembalikan nyata pejam celik yang tadi. yang aku dengar dalam sayup-sayup cuma satu alunan. huruf-huruf dari patah kata-katanya berterbangan, menerewang tanpa arah;
 "..perumpamaan orang-orang yang diberi tugas membawa taurat, kemudian mereka tidak membawanya (tidak mengamalkannya) adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal.."
berdengung kuat; al-jumu’ah, ayat lima.

aku terduduk.

diam, berfikir.

titik.

--

buku (iii)
 
“yeay (alhamdulillah), tahniah *big claps* Ummi! esok-esok kita beli buku (baru) lagi. duit Ummi, buku Akak? Ummi baca, Akak pun baca! deal Ummi, deal?”
dan, (insyaAllah), kita usahakan bersama; tak mendebu seperti amal-amal ‘keldai’. berat terpikul, tapi sekuman pun tak terasa, Allahhu! hmm.
 
-- 

dia satu-satunya Ummi (saya), tulang belakang pendokong terkuat; teman aku, sahabat aku, cinta aku, dunia akhirat.
 
ergh, rindu cekodok!
 
ps: next paper; aop 30 haribulan. doakan kawan-kawan! :)
 

4 comments:

faaizz d. zul said...

subhanallah,

saya baca "buku (ii)" berulang kali, ditulis dengan sangat 'cinematic', susunannya memikat, sarat simbol surreal, dan akhirnya refleks diri ditegur kalam Tuhan.

masterpiece!

Umairah. said...

erm, kalau bunyi komentarnya begini, mungkin sebab kita sedang 'bercakap' bahasa yang sama.

tapi, kalau 'disinemakan' dalam 'kelompok' yang lebih besar, unsur surreal mungkin kurang difahami. bimbangnya, maksud dan kesan tak sampai, cuma (art - kalau boleh dikatakan art) yang berlebihan.

erm, 'dear ridhwan' sebagai contoh. eh, bukan. 'hantu kak limah' pun, boleh.

atau mungkin, suudzhon saya yang berlebihan, err.

terima kasih, komen yang membina :)

faaizz d. zul said...

tapi kan, unsur surrealis sangat cantik dalam genre 'eksperimentalis'.

cumanya, macam yg Umairah tulis, ianya kurang impak sebab pemaknaannya terlalu subjektif, terutamanya mengisi makna 'bentuk' seninya berbanding 'konten'.

*dalam buku film as art, ada bahaskan filem sebagai seni, seni untuk seni(yg kurang impak) & seni untuk awam(mesej mudah)

^.^

Umairah. said...

faaizz;
personally, saya sendiri prefer seni untuk seni. lebih masuk jiwa, lebih semangat, lebih bebas, ceh. tapi pada masa yang sama, selalu terfikir juga dalam konteks dakwah.

rasanya, ada beza untuk kepuasan diri sendiri, dan keperluan masyarakat. macam, menulis juga. hmm, bab ini masih selalu konfius.

apapun terima kasih, pencerahan yang baik :)