Pages

Thursday, February 28, 2013

BERCAKAP DALAM JASAD.

bismillah

sayang, ketahuilah.

menjadi murabbi perlu keikhlasan dan kejernihan hati. 

pertama, ikhlas – bersungguh-sungguh menawarkan ‘pentarbiyahan’ pada mereka yang mahu, dan pada mereka yang perlu. mengajak untuk bergabung, demi sama-sama membentuk peribadi Muslim (muwassofat tarbiyah), dan bersama memperjuangkannya, hingga cita-cita dan impian (maratibul 'amal) kita tercapai.

yakni, bermula dengan pentarbiyahan batu-bata individu Muslim, baitul Muslim, mujtama’ Muslim, hingga tertubuhnya daulah Islamiyyah, hingga membawa kepada ustaziatul ‘alam. 

"muncul fasa kenabian di tengah kamu selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah mengkehendakinya. 
kemudian muncul fasa kekhalifahan mengikut manhaj (sistem) kenabian selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah mengkehendakinya. 
kemudian muncul fasa raja-raja yang menggigit selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah mengkehendakinya. 
kemudian muncul fasa penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah mengkehendakinya. 
kemudian muncul fasa kekhalifahan mengikut manhaj (sistem) kenabian. kemudian Nabi S.A.W diam" 
(hr ahmad dan al-baihaqi dalam miskatul mashabih dari nu'man bin basyir)

dan akhirnya, kita menjadi golongan yang diredhai Allah, dan kita pun redha padaNya. 

"baldatun thoyyibatun, wa rabbun ghofuur"
"negeri yang baik, sedang Tuhanmu Maha Pengampun" 
(saba’ : 15) 

--

bukankah tujuan kita di bumi ini hanya itu; hamba Allah, dan khalifah? dan suatu saat nanti, segala kelelahan dan kepahitan bermujahadah tertelan dengan manisnya Syurga. 

"dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (kebajikan dan kejahatan). tetapi dia tidak menempuh jalan yang mendaki lagi dan sukar? dan tahukah kamu apakah jalan yang mendaki dan sukar itu? iaitu melepaskan perbudakan (hamba sahaya), atau memberi makan pada hari terjadi kelaparan, (kepada) anak yatim yang ada hubungan kerabat, atau orang miskin yang sangat fakir. kemudian dia termasuk orang-orang yang beriman, dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. mereka (orang-orang yang beriman dan saling berpesan itu) adalah golongan kanan" 
(al-balad : 10-18) 

dan bukankah itu yang paling kita mahukan? syurga Allah, dan keredhaanNya? 

--

namun, untuk mendapatkan ikhlas, sayang; hatimu perlu bersih. hatimu terikat dengan rabbaniyyah; persih dan tulus. hingga kata-kata yang lancar dari bibirmu cuma berupa pedoman dan nasihat tarbawi dengan sepenuh-penuh hangat kasih dan cinta, bukan bebanan atau cuma sekadar mengugur kewajipan, atau apa-apa yang terkait dengan ‘melepas’ tanggungjawab. tiada terbeban, tiada dibeban, tapi semulajadi yang tumbuh dari kekukuhan dan geloranya iman!

tapi demi keikhlasan itu, hubungan dengan Allah harus baik, dan keimanan tertancap dengan sangat dalam dan utuh. hingga kakimu, matamu, hatimu, bicaramu menjadi ‘langkah-langkah’ Allah. ‘amaliyyah bathiniyyah perlu bersih. tak boleh ada yang selainNya. tak boleh ada ‘penyembahan’ selainnya. 

dan, ujian-ujian inilah yang sedang berat membebanimu, sayang. kerehatan, kelapangan, dan kecintaanmu pada dunia, hingga melambatkan pentarbiyahanmu, dan memperlahankan momentum imanmu. 

--
"geram, bukan? pada kecintaan yang tak terkekang, padahal itulah musuh senyap? padanlah, Syurga itu manis, kerana mujahadahnya sangat pahit!"

hmm.

--

"allahhumma a'inni 'ala dzikrika, wa syukrika, wa husni 'ibaadatik"

"ya Allah, bantulah aku dalam mengingatiMu, mensyukuriMu, dan memperelokkan ibadahku kepadaMu"



______
ps: untuk diri, diri, diri, diri sendiri yang selalu bergolak dan berbolak-balik jiwanya, kabut dan terkadang terhilang arah tuju dan matlamat hakiki hidupnya; mati (husnul khatimah), redha Allah, dan Syurga.

2 comments:

Unknown said...

umy,ftn suka sgt post niii :) mcm kena sgt2 dengan situasi ftn lalui skrg..jzzk! :) <3

Umairah. said...

fatin;
moga kita sentiasa diteguhkan, walaupun (hmm) jatuh dan bangun berkali-kali.

"allahumma, tsabbit qulubana 'ala deenik, wa 'ala tho'atik"

ameen, ameen, ameen
:)