bismillah
dalam hidup, kawan lama akan berganti kawan baru. anak-anak pun tak akan kekal bersama ayah ibu. sampai masa, bersuami, beristeri, beranak-pinak. sampai masa, dia pun akan ditinggalkan dan meninggalkan.
kata seorang kawan, atas kesengajaan, Allah didik kita begitu. akhir-akhirnya, kata dia lagi, kita memang akan bersendiri.
--
mengadap tivi pagi tadi, dalam slot 'bagaimana mendidik anak mencintai nabi', kata ustazah isfadiah;
"bila berdikari, akan timbul rasa manisnya mencintai Allah. sebab, kebergantungan kita pada Allah, lebih tinggi berbanding manusia".
--
selamat kembali berdikari; menemukan pengalaman-pengalaman baru, ujian-ujian dan halangan-halangan baru, semangat dan iltizam baru, bulan baru, hari baru, sem baru!
moga, atas segala 'kesengajaan' dalam takdir dan pilihan Allah ini, akan sentiasa dicukupkan dengan cintaNya yang lebih manis!
_____
ps: hai rumets baru :D
_____
ps: hai rumets baru :D
4 comments:
selamat semester akhir. :)
jamilah;
insyaAllah. doakan umy :)
Assalamualaikum kak :)
wah, akak dah semester akhir ke? selamat mengharungi semester akhir dengan jayanya kak! :)
harapan anis, agar bole berjumpa akak, before akak meninggalkan bumi UIAM terchenta ni. ameen :)
anis;
wa'alaikummussalam anis
ameen ameen ameen.
doakan akak ye.
ahaks.
hehe, harapan yang sungguh chomel.
insyaAllah, moga Allah izinkan.
ameeeeeeen (panjang sikit)
Post a Comment