Pages

Tuesday, January 8, 2013

18:23.

bismillah

saya amat yakin, ada yang lebih baik dari yang ini. cuma, sekadar ingin berkongsi (untuk yang mungkin, belum mencuba), insyaAllah.

rasa macam sungguh nikmat bila sambil baca sirah yang diselitkan ayat al-Quran, sambil buka terjemahan dan tadabbur ayat. sisipkan nota sikit, supaya setiap kali melintas ayat yang sama, kita akan terbaca nota tersebut, sambil terbayang-bayang berlakunya peristiwa demi peristiwa dalam sejarah Islam.

contohnya, ayat awal surah Maryam, surah yang telah membuat janggut Raja Najashi basah selepas terdengar bacaan Ja'afar Abi Thalib. surah Thaha yang dibaca Khabbab bin Arats, telah mencetus getaran di hati tegar Saidina 'Umar Al-Khattab, lalu gegas pinta ditemukan dengan Rasulullah. dan ini; ayat-ayat dari surah Al-Fussilat, yang dibacakan Rasulullah S.A.W di hadapan Uthbah bin Rabi'ah sebagai jawapan, ketika dia menawarkan pangkat, wanita, dan harta kepada Baginda.


bila "tadabbur-sirah", lebih terasa penghayatan, dan pemaknaannya di sepanjang interaksi kita dengan al-Quran! moga satu hari nanti, dapat menghafalnya pula, dan menghayatinya dalam solat, insyaAllah. (ameen!)

sebab, apa lagi yang lebih bermakna, melainkan terwujudnya rasa-rasa untuk lebih memaknakan penghambaan kepada Allah SWT? sebab ketaatan yang telah diajarkan Rasulullah SAW, dan yang dipraktikkan sahabiah, tiada kenampakan ritual mahupun kosong, bahkan Islam yang ditonjolkan adalah yang hidup lagi menghidupkan!

ya Allah, mudahkanlah untuk terwujudnya penghambaan yang 'hidup' itu dalam diri kami. ameen.

ps: sharing is loving! :)


_______
*updated:
contoh buku sirah yang baik dan padat:
kisah nabi muhammad untuk remaja;
abul hasan ali al-hasani an-nadawi

7 comments:

najihahusna said...

menarik .
buku ape tu eh kak ?
:)

Ami Manaf said...

a'a. nak tahu juga buku apa. boleh masuk list...

Umairah. said...

najihahusna, ami;

alhamdulillah. akak dah update, bawah entri. :)

kisah nabi muhammad untuk remaja, penulisnya abul hasan ali al-hasani an-nadawi. ini buku yang diterjemahkan ke bahasa indonesia.

dan penulis memang terkenal dgn buku-buku sirah. kata pengantar untuk buku nie, sayyid qutb (penulis tafsir fi zhilalil Quran) sendiri yang tulis.

walaupun untuk remaja, tapi personally akak rasa, mashaAllah sangat bagus. sebab ikut kronologi peristiwa dari zaman jahiliyyah, sampailah pada kewafatan Rasulullah.

huraian ringkas dan padat, bahasa pun menarik, dan mudah faham. antara isinya, termasuklah kisah peperangan dan nama2 sahabat yang terlibat.

pendek kata, insyaAllah.. berbaloi beli. ecewahs!

oh ye, selain buku nie akak syorkan jugak buku abd latip talib. buku2 pak latip pun, ada dimuatkan ayat2 Quran.

moga perkongsian yg bermanfaat, insyaAllah. ameen :)

najihahusna said...

alhmdulillah . menarik .

erm, penerbit nye ape eh ? wktu akk beli, akk beli kt mne ?

:)

Umairah. said...

najihahusna;

'afwan adik, akak tak ingat. buku akak tinggal di uia. sekarang, akak di rumah. nanti akak inform balik ye? btw akak rasa, kat fajar ilmu baru, masjid jamek ada jual.

:)

Gerimis said...

Assalam ya ukhti!
Boleh saya tahu dimana boleh mendapatkan buku ini?
Apakah dapat ditemui di kedai-kedai buku lain selain dari masjid jamek?

Umairah. said...

nota hati;
wa'alaikummussalam wrt

erm, maaf saya tak pasti. sebab kebanyakan buku-buku indonesia yang saya tahu, cuma banyak dijual di masjid jamek.

maaf ya, tak dapat membantu. atau mungkin ukhti boleh search mana-mana perkhidmatan yang jual buku secara online. antaranya, imanshoppe online.

moga Allah permudahkan :)
salam taaruf.