bismillah
semalam, legar-legar kedai buku satu malaysia. tujuannya, satu; cari buku pasal cinta, kahwin, kekeluargaan, baitul muslim, dan seumpamanya untuk hadiah kahwin sepupu. kedua, aku mencari sesuatu.
semalam, legar-legar kedai buku satu malaysia. tujuannya, satu; cari buku pasal cinta, kahwin, kekeluargaan, baitul muslim, dan seumpamanya untuk hadiah kahwin sepupu. kedua, aku mencari sesuatu.
sesuatu yang bukan cinta, tapi cinta.
sesuatu yang bukan sastera, tapi sastera.
sesuatu yang bukan emosi, tapi emosi.
sesuatu gagasan idea, tapi bukan.
sesuatu cakna fikir, tapi bukan.
sesuatu yang filsuf, tapi bukan.
sesuatu yang sejarah, tapi bukan.
sesuatu yang filsuf, tapi bukan.
sesuatu yang sejarah, tapi bukan.
sesuatu yang bukan aku, tapi aku.
pendek
kata, sesuatu yang lain dari yang biasa. macam perasaan menjiwai watak
perempuan tegar salsabila, dalam "tunggu teduh dulu-faisal tehrani".
atau watak tekad alif dalam "negeri lima menara-a.fuadi". atau watak
teguh nazneen dalam "setulus setia, seindah nama-hazneza abdul hamid".
atau watak belajar addin shah dalam "aA+bB-hlovate". atau macam
melayan "saksikan bahwa aku seorang muslim-salim a.fillah", "murabbi
cinta-ustaz hasrizal", dan lain-lain.
dan
semalam, dalam proses 'mencari', aku cuba belek "memeluk gerhana-isa
kamari", "bahlut-faisal tehrani", "jangan berhenti berlari-ustaz
zaharuddin", tapi, entahlah. perasaannya, macam perempuan buka almari
baju. ada kebaya, ada kurung, ada blaus, ada skirt, ada jubah, ada tee, ada semua. tapi dia mengomel; "ish, tak ada bajulah nak pakai!".
dan
akhirnya, aku tinggalkan kedai buku satu malaysia dengan cuma "cinta
dari Allah-ustaz pahrol", "cenderajiwa" buat sepupu dan zaujah-nya nanti.
oh, selamat bercinta sampai ke Syurga!
--
dan dalam bas, berulang kali sebut mashaAllah,
untuk buku; "di hamparan Shamrock, kuseru nama-Mu" oleh ustaz hasrizal.
buku yang dibeli sebulan lalu, tapi cuma peragaan rak di gombak. buku
yang cuma sempat diselak beberapa halaman awal. buku yang dirembat,
untuk syarat "asal-dalam-beg-ada-sebuah-buku-selain-al-quran" buat
peneman di hentian bas, di platform, atau dalam bas, atau mungkin buat
waktu-waktu ketika mana memandang buku adalah lebih baik dari memandang
orang. hmm?
dan
untuk tujuh jam perjalanan; sejam setengah untuk lelap-jaga-lelap-jaga,
sejam lain untuk berangan, tengok hujan, langit, awan, bukit, jalan,
dan orang, dan baki waktu yang sungguh, maha asyik! tenggelam dalam
senyum-tangis-kagum-cemburu-provokatif-impresif hingga tinggal cuma suku
helaian lagi untuk dihabiskan. (subhanallah!)
oh,
apakah yang aku sedang cari, cuma inspirasi, motivasi, sarana, idea,
atau ruang fikir? atau sebenarnya, aku sedang mencari diri aku sendiri
dalam kisah hidup orang lain? entahlah.
hmm.
ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini.
aku cuma mahu menjadi Muslim yang lebih baik.
sekurang-kurangnya lebih baik baik dari hari ini.
Allah!
aku cuma mahu menjadi Muslim yang lebih baik.
sekurang-kurangnya lebih baik baik dari hari ini.
Allah!
"finishing a good book is like leaving a good friend" -william feather
terima kasih, ustaz!
ps: maaflah, entri emo(s). dan..oh!
happy exam kawan-kawan!
ps: maaflah, entri emo(s). dan..oh!
happy exam kawan-kawan!
8 comments:
i wonder how you will look like when you get old and make that peace sign XD
saya
rindu
nak
menulis
secara
rawak.
eh
Wah,
ada di Penang?
:)
alyaa;
ill be much cuter than her. bet? XD
tulislah! :')
jamilah;
alhamdulillah :)
salam akak.
saya pun ada buku tu tapi belum terbaca. heh.
u make me more eager to start 'digging' it.. grrr
btw, she's cute. sebijik macam....... *ok lari*
ainum;
wa'alaikummussalam
ainum wajib baca! ;)
beginilah, bila gambaq lebih kiut dari isi entri, ahah!
i can imagine that ;D
ahah!
in a picture lies thousand words ;)
Akak umairah!
Wah, baru ada entri eh...
tertunggu2 heh! peace! ;)
-HudaSukri-
alyaa;
eh, entri baru la. 0_o
tahniah! :D
dinaislam;
hai adik. :D
tapi sorilah, entri rambles. hmm
Post a Comment