Pages

Friday, September 14, 2012

"get married".

bismillah

anis pernah kongsikan jawapan imam suhaibb web, sewaktu beliau ditanya tentang bagaimana membuang rasa tinggi diri, bongkak, sombong, ego, 'ujub atau sum'ah dengan kehebatan dan kebolehan diri sendiri.

dan jawapannya sungguh tak pernah terduga akal fikiran;

"get married".

--

sebab dengan medium perkahwinan, kita sedang membina famili. dan dari famililah, akan tersingkap segala kekurangan dan keaiban diri sendiri. kita sebetul-betulnya menjadi diri, tiada kepura-puraan. lemah atau kuat kita, semuanya tertafsir luar dan dalam. 

secara peribadi, saya rasa, ada benarnya.

--

jujur, dalam famili cuma saya seorang saja yang secara penuh mendapat 'pentarbiyahan' di sekolah agama. adik beradik lain, tidak. maka, ekspektasi terhadap saya biasanya, akan 'lebih' tinggi. terutamanya, dari sudut agama.

tapi, ummi, walid dan adik-adik secara tak langsung selalu 'merendahkan' ego diri, atau bongkak yang termuncul dalam senyap. 

bila walid dengan amalan Dhuhanya, sedikit tapi istiqamah. bila ummi pulun mahu tahu hukum tajwid semata mahu memperbetul bacaan al-Quran. bila adik lebih memilih untuk tak menceritakan atau menyebut aib kawan-kawan sendiri. bila 'ammar tak pernah berenggang dengan doa dan harapan sepenuh-penuhnya pada Allah, bila syirah dengan itqan dan tenangnya dia siapkan kerja-kerja sekolah. bila iman, setiap kali sesudah maghrib cuba untuk mengingat hafalan al-Qurannya di sekolah. 

..dan untuk mereka-mereka yang sederhana, atau pada kita; "biasa-biasa" malah tak secara penuh mendapat 'pentarbiyahan' agama di sekolah agama, tidak banyak tahu, kurang belajar, serta ceteknya peluang dan ruang, namun telah punya kualiti masing-masing di hadapan Allah, berusaha memperbetul diri, bersungguh belajar, dan komitmen beramal walaupun sedikit;

selalu buat saya termuhasabah sendiri,
"betapa aku masih lemah, dan masih perlu banyak belajar".

--

kita sebenarnya banyak belajar dari diam dan sederhana-nya tingkah laku orang lain walaupun sedikit. mereka mungkin 'kurang' pada pandangan kita, tapi mungkin 'lebih' dan 'hebat' sekali pada pandangan Allah.

Allah, gugurkanlah bongkak yang saban merajai diri-diri kami. tumbuhkan kerendahan dalam hati-hati dan jiwa-jiwa kami.

ameen.
--

No comments: