Pages

Sunday, September 23, 2012

"Tangkap Bola".

dari tingkap bilik, di tingkat empat yang menghala bukit, dia tertenung lama. awan lemah gemalai merangkak. pagi yang dingin, sesudah subuh. report separuh bertaip, separuh lagi dalam kepala bercampur-campur. dan komputer riba masih ternganga, namun gelap kelam. 

"futsal jom?" 

"aku malas lah." hingus meleleh dari tadi. dan sekali lagi, untuk setiap tiga minit, dia bersin. ahmad merengus. kepalanya pusing.

"kau tak tidur, semalam?" ali cuma angguk, mengiyakan. tanpa tanya, ahmad sedia tahu sebabnya. 

--

ahmad menapak ke meja. mencapai beberapa kertas putih bertaip penuh, siap tercetak namun tak jadi; dek dakwat mengering di baris yang hujung-hujung. ahmad gumpal-gumpalkan; renyuk dalam penumbuknya. ali cuma tengok saja. 

"kau tau, ada tiga jenis manusia.."

"hmm?" mata ali menghantar langkahan ahmad ke katil. ahmad duduk. kaki yang sebelah terangkat, dan yang sebelah lagi, melunjur ke bawah. 

"nah!" 

gumpalan tersasar. balingan tak bersambut. bergolek manja, terperosok di bawah meja. ali terpinga-pinga.

"pertama; orang yang dia tak tahu apa yang dia nak, dan macam kau tadi, dia akan terpinga-pinga."

ali diam, berfikir. 

ahmad renyukkan kertas kedua. gumpalkan, dan baling semula. ali tercengang-cengang. gumpalan masih tak tertangkap.

"kedua; orang yang dia sudah tau apa yang dia nak, tapi macam kau tadi, dia masih terfikir-fikir, tak yakin, dan tak bersedia."

ahmad renyukkan kertas ketiga. gumpalkan, dan baling semula. kali ini, ali kelihatan mencuba. namun, balingan masih tak mengena. jatuh, bergolek laju bawah meja sekali lagi. 

"ketiga; orang yang dia sudah tau apa yang dia nak, dan bertindak. walau gagal, dia akan berusaha mencapai mampu, sampai dia dapat."

"aku doakan, kau tak ditolak lagi. ini best, bro!" ahmad sengih, meninggalkan ali yang masih terfikir-fikir;

"kenapa aku sibuk-sibuk main tangkap bola? err, dalam bilik?"

cis!

ali menyarung tee, cepat melangkah keluar.

---
inspirasi; fatin yang semalam, baru lepas main futsal. he he-

ps: dah, buat kerja!

3 comments:

Unknown said...

ahah!umy... :P patut la masa baca macam.. terasa sesuatu!hihi...nice post btw :)

Sidratul Muntaha said...

Umy main futsal? :)
Hehe.
Kerana kaki sudah berbesi, minat ini saya 'pendam' dalam-dalam.
Buat sementara waktu. :)

Umairah. said...

fatin nadia;
Allah memang nak umy jumpa fatin semalam, alhamdulillah! :)

fatin zuaini;
baru nak mintak fatin ajar. :P

bila umy dapat jumpa fatin ni? bleh pm num fon fatin tak? nak ziarah! he he