Pages

Sunday, September 23, 2012

rekonstruk ii.


aku tak tau nyatanya aku di sini kerana apa. untuk studi, untuk cgpa, atau cuma kerana aku sudah berumur 23 tahun, maka memang nyata patutnya aku di sini; belajar di sebuah universiti tempatan. dan kerana takdirnya aku di sini, maka aku di sini; daftar subjek, belajar, jawab exam, dapat result, dan teruskan lagi kembara aku, akhirnya aku grad.  
aku tak tau nyatanya aku di sini kerana apa. untuk gah diberi jawatan dalam persatuan. untuk kuras pengalaman, untuk kendali program-program, untuk hadiri sebegai peserta, untuk dikenali sebagai koordinator, untuk dapat sijil, untuk cuma ramah mengenal kawan-kawan baru, untuk sekadar memenuh kehendak universiti, untuk hanya penuhkan almanac, untuk suka-suka isi masa, atau untuk mudah cari kerja nanti, atau memang kerana hobi, minat? atau sebab sudah memang tanggungjawab, maka aku berbuat, aku bekerja? 
aku tak tau nyatanya aku di sini kerana apa. untuk cuma satu rentetan hidup. untuk sebab orang lain ada, maka aku ada. untuk mak ayah yang dari dulu menyekolahkan aku, maka hari ini menguniversitikan aku. atau sebab, untuk tak dikata, diejek sepupu-sepupu dan saudara-saudara yang pandai-pandai, yang terlebih dulu makan garam. 
alih-alih, tanya aku; mengapa aku di sini? untuk apa, semua ini? ke mana mahu aku bawakan semua ini? dan kalau ada satu nilai ukur, apa ukuran tertinggi?
hati kadang macam berlari-lari, kemudian berjalan-jalan. atau, berhenti, atau bermain-main di tempat yang sama; tak tetap. duduk, berdiri, berlari, berjalan lagi, tak ada destinasi. penuh tanda tanya. 
penat bukan, bila sekadar cuma-cuma mengikut, sedang kita ada hak memilih? 
-- 
melainkan, untuk dia yang berbuat kerana Tuhannya; ada hala tuju, ada gol, ada matlamat, dan dia tahu dan yakin benar, untuk setiap satu perbuatannya, untuk setiap satu pilihannya, untuk setiap satu impiannya, ada sebabnya;
..kerana Tuhannya. 
untuk orang ini, dia tak akan pernah teragak-agak, tak akan berhenti, tak akan berpaling, tak akan berganjak, sebab hati dia yakin dan cukup jelas dengan apa yang dia paling mahu. 
-- 
oh Allah.

_____
true wisdom means respecting the simple things we do, for they can take us where we need to go(heaven!). -paulo coelho
"i want to find a person that i could grow together with" -sharmee via anis
"kita masuk sini, untuk; -keluar nanti, walau di mana saja kita berada, orang lain (masyarakat) akan dapat rasa aura kebaikan. dan kita, adalah agen perubahan." -kak izzah, briefing course & sharing moment. 

No comments: