Pages

Sunday, September 9, 2012

falsampah (i)

entah, aku banyak pula fikir sejak akhir-akhir ini.

aku catur hidup aku satu hari, dan yang aku temukan adalah ini. tapi kawan, bab ini bab yang aku selalu gagal, -juga. sajalah, tulis-tulis. mungkin, kita sama?

kata hati aku satu hari;
"hidup tanpa terbelenggu dengan dua pilihan, akan selalu buat jiwa bahagia". 

tapi, kalau difikir-fikirkan, kita memang selalu akan dihadapkan dengan banyak pilihan pun. jadi, mahu tak mahu kita kena tahu prioriti.

nak tahu prioriti, kena pertimbangkan pula ikut neraca Allah. mesti ada pertimbangan iman yang benar, ilmu, hikmah, pengalaman, nasihat dan tunjuk ajar, bukan terdorong oleh telunjuk dan gelojoh nafsu semata. 

bila telah bulat membuat keputusan, hati kena yakin dengan pilihan yang dibuat kerana Allah tadi. jadi, patutnya hati (juga yang tadi itu) tak terbelenggu lagi, tak rasa sedih lagi, tak terfikir-fikir lagi, tak pening-pening lagi, tak risau lagi.

dan dia akan belajar 'memaknakan' pilihannya, walaupun (kadang-kadang) bukan atas kerelaan dan kehendak hati. memang pun kan, ada banyak benda yang hati kita mau, tapi orang yang lebih arif kata, -lain. orang yang lebih tahu, mahukan, -lain. tapi, dia akan cuba belajar menyukai dan mencintai pilihan yang telah di'syura'kan. 

dia akan stick dengan satu pilihan saja, tanpa terbayang-bayang lagi pilihan-pilihan yang lain. sebab itulah jiwanya bahagia dan tenang!

dan sebab itulah juga agaknya hati aku cakap, dan jari aku cepat saja tulis; "hidup tanpa terbelenggu dengan dua pilihan, akan selalu buat jiwa bahagia". 

apa sebenarnya aku nak cakap ni?
huu.

2 comments:

A.N said...

*sentak.

saya pun tgh lalui perkara yang sama
-.-

pd mulanya dh tsabat niat buat kerana Allah. bila dh dpt natijah, asyik terfikir-fikir sampai sekarang. maksudnya, saya tak bersyukur ke? saya tak me'rela'kan ke?

kena yakin dan yakin dgn janji Allah. sobs.

Umairah. said...

anis;

akak pun selalu sangat macam tu. waktu iman lemah, apatah lagi.

tapi, yup! bangkit semula, dan kembali yakin dengan janji Allah.

:)