Pages

Saturday, September 29, 2012

catatan pagi sebelum Dhuha semalam.

sebenarnya, kita ini kadang-kadang individualistik. 

kita mengharap lebih, tapi berbuat kurang. kita menjangka banyak, tapi berusaha sikit. contoh paling minimum, selalunya bila terkait bab-bab perubahan. pernah rasa kecewa, bila orang yang kononnya kita sayang, tak berubah-ubah? 

mungkinlah. 

mungkinlah kita kecewa sebab kita sebenarnya mengharapkan dia berubah bukan untuk diri dia sendiri, apatah lagi kerana Allah, tapi kita berharap dia berubah sebab mahu ikut kualiti atau mungkin 'standard' yang kita sendiri tetapkan. pendek kata, kita mahu dia berubah kerana kita. 

logiknya mungkin beginilah.

bila setiap orang hakikatnya ada kelemahan, maka kita pun tak terlepas. mengharapkan orang lain untuk berubah, bukan dengan memaksa atau mendesak dia berubah, atau bila dia tak berubah-ubah, kita pun kecewa. 

rasanya, bukan begitu caranya. caranya ialah dengan menyenaraikan kelemahan kita kesemuanya, dan ubah sedikit demi sedikit. 

logiknya, bila kita telah yakin membuat satu perubahan, dan perubahan itu menjadi, serta tampak hasilnya, maka orang pun tidak akan teragak-agak untuk juga membuat perubahan dalam dirinya. dan dia pun akan mula berubah. 

bukan sebab kita, bukan sebab diri dia sendiri, tapi kerana Allah. hanya bila kita juga ikhlas.

hmmmmm?

28092012.

No comments: