source: the art of mothering forum
pernah sekali, pertemuan dalam program dengan makcik, makcik kelihatan agak tergesa-gesa. kata makcik, "esok anak makcik upsr. mahu lebih fokus dan beri semangat. anak makcik sedikit takut".
cerita makcik lagi, anak dia tanya; "kalau kita dah bulat satu jawapan, tapi salah, Allah boleh tukar jawapan kita tak?"
dan jawab makcik, "mungkin itu tak boleh. tapi, Allah dapat lembutkan hati cikgu untuk mudahkan kita berjaya".
--
untuk seorang anak mengaitkan Allah (akidah, tauhid, iman) dalam peperiksaan, dan untuk seorang ibu menjawab dengan penuh hikmah, saya tak rasa ilmu 150 juta dalam dada, cukup untuk itu semua.
ilmu setebal apapun, tanpa pemaknaan yang luhur, dan penjiwaan yang dalam, terutama kedekatan dengan Allah, mana mungkin lahir hikmah dari jiwa. untuk jadi ibu, perlu ilmu. lebih-lebih, -hikmah.
orang hikmah, berkata dengan hati, bukan dengan mulut. orang hikmah berkata dengan pengalaman, firasat, dan perasaan, bukan ada, singgah.. tapi sayang, langsung tak tersampai pada penerima.
mahalnya hikmah, sebab kita tak mampu kutip dari jalan, dan telan. tak boleh beli dengan wang ringgit. walau berjam-jam dalam majlis ilmu sekalipun, belum tentu sebetulnya singgah ke hati. hatta berkahwin dengan suami yang soleh sekalipun, hikmah masih urusan hati. tak boleh terbahagi-bahagi dan berkongsi macam harta benda, kecuali dengan izin Allah.
dan sebenarnya, fikir untuk jadi isteri harus terkemudian, dan terkebelakang berbanding fikir untuk jadi ibu.
madrasah ummah?
serius, ini bukan tugas calang-calang.
ermm.
--
"what I don't understand is why Muslim mothers don't take pride in mothering. therefore I call upon all mothers and mothers-to-be to take mothering seriously, passionately and guide the world through mothering". -dr fadhila grine
"robbana hablana min ajwaajina wa dzurriyyaatina qurrota a'yun waj'alna lil muttaqiina imaama"
2 comments:
Tetiba saya rasa, nak menjadi seorang ibu, macam menjadi seorang murabbi.
Dan menjadi murabbi tu antara steps dan training sebelum menjadi ibu kepada anak-anak sendiri nanti. Akak rasa macam mana? :)
anis;
subhanallah, sangat betul, dik.
even waktu akak tulis nie, akak sekaligus termuhasabah, akak bukan murabbi yg baik. sebab itu rasa macam, ya Allah, tak layaknya untuk menjadi seorang ibu.
..dan tertulislah entri nie. :')
menjadi murabbi sangat sangat bukan mudah. sebab kita kena faham fe'el semua anak2 di bawah jagaan kita, berlembut dan tegas sesuai keadaannya, memberi ikut kadar penerimaannya, dan pada masa yg sama, kena bersungguh-sungguh meningkatkan pentarbiyahannya.
paling penting, waktu menyampaikan; ada yg mampu berkata dengan teori, tapi ada yang mampu menyantuni dengan hati.
bila tak ada kedekatan hati dengan Allah, kita akan sangat merasai 'kekeringan' nya.
semua ini, pasti akan berulang bila kita betul2 ada anak sendiri nanti.
jazakillah anis. akak belajar dari pertanyaan anis :)
ps: doakan, Allah selalu izinkan kita untuk sentiasa belajar menjadi murabbi yg baik.
Post a Comment