Pages

Monday, July 16, 2012

kenapa barang cepat rosak?

saya tak tahu kenapa, barang yang saya beli, kebanyakannya cepat rosak. sama ada saya yang terlalu ganas, ataupun tak cermat membeli, ataupun memang jodoh saya dengan sesuatu barang, tak lama? dan untuk hal yang satu ini, adik selalu gelak terkekeh-kekeh, (cis!) 

dan baru-baru ini, kesedihan yang sama melanda. tambah sedih, bila satu-satu barang, ada sentimental value. cuma yang bertahan setakat ini, sony erricson yang ummi beli awal-awal masuk matrik dulu (walaupun sudah berkali-kali jatuh), dan jam casio putih; juga ummi yang hadiahkan. 

ataupun, barang-barang ini tak kekal lama, sebab kalau makin lama dengan kita, akan memudaratkan kita; baik fizikal ataupun dalaman? ataupun kita saja yang tak melihatnya dari sudut pandang positif yang mana; indahnya ujian Allah, sebab Dia ‘tarik’ perlahan-lahan, dan bukannya sekaligus, supaya kita tak ‘terluka’ teruk? 

hmm. 

dan pernah sekali, ada seorang kawan luar negara (ecewah!) pernah terhilangkan satu buku dari buku-buku yang saya cinta; “men are form mars, women are from venus”. sebenarnya, agak sedih sebab buku antara harta yang paling saya cinta juga, hmm. 

tapi, setiap kali melintas ayat al-baqarah yang ini, rasa tenang.

“kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebahagian harta yang kamu cintai. dan apapun yang kamu infakkan, tentang itu, sungguh Allah Maha Mengetahui.” (al-baqarah: 92)

kecintaan kita pada sesuatu, sama ada terlepas atau kita yang lepaskan, mudah-mudahan akan Allah gantikan dengan yang lebih baik. Dia Maha Mengetahui, bukan? erm, mungkin saya akan dihadiahkan dengan buku yang sama satu hari nanti? bukankah lebih bermakna, bila orang yang bagi dan bukan beli sendiri? (huhu). 

dan bila menginfakkan sesuatu atau apa-apa yang paling kita sayang, hakikatnya kita sedang mendidik hati supaya tak jatuh cinta berlebih-lebih melebihi yang selayaknya. hati kita bebas; bebas dari termiliki oleh apapun dari harta dunia. barang, bakat, kelebihan, masa, ataupun orang-orang terdekat kita, bukankah semuanya milik Allah? indahnya kalau selalu mampu menafkahkan apa saja, subhanallah. 

Allah, didiklah kami menjadi golongan yang memberi itu, ameen- 

8 comments:

ismisyahida. said...

erk, baru hari tu ter-sedih sebab buku akak sayang ada yang pinjam dan cakap dia tak jumpa buku tu letak mana.

dalam dekapan ukhuwah dan buku ni, orang yang hadiahkan.

sedih, sangat. kot.

tapi, et lis terubat sikit baca ayat kat atas ni.

:)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

pakurawan said...

haha. saya punya barang selalu hilang. :D

Islamic Inspirations said...

Asalamu alaikum

Anonymous said...

kak shida,

huda dlm proses m'hadamkn buku dalam dekapan ukhuwwah.

ya Allah,stiap katanya sngt menyentuh hati.huhu.

T_T

buat k.umai kakakku,
mg Allah gantikn yg jauh lebih baik.

:)

Umairah. said...

kak syida:
moga Allah gantikan dengan yang lebih baik untuk akak, amin.

hazen:
oh, moga blog tak hilang. err

ireminisces:
wa'alaikummussalam. :)

huda:
amin3.
:)

Unknown said...

assalamualaikum akak

hik.
akak, serasanya tadi go through rak buku akak nampak buku “men are form mars, women are from venus”
beli lain dah? hehe

Umairah. said...

alyaa:
wa'alaikummussalam wrt.

oh, bukan. itu buku lain; "mars and venus, together forever". mars venus versi john gray kan banyak. ahah. lagipun bukan buku akak, buku pinjam tu.

kenapa? nie mesti ada niat, nak belikan satu kan? eh, janganlah begitu. tak payahlah susah-susah. :P

Unknown said...

Eh
Eh
Eh

Akak reply comment sape ni? :p