Pages

Monday, July 9, 2012

01:40.

untuk setiap pilihan,
kita cuma perlu
sesuatu yang kita
paling percaya;
untuk bergerak
dan merealisasikan

Allah,
aku yakin mati
dan aku percaya Syurga
bimbing aku
untuk merealisasikan
keduanya

--

bersusah-susahlah, kerana Syurga memang dijanjikan untuk al-muflihun 
(al-baqarah: 5)

al-muflihun itu siapa, dan bagaimana?

al-muflihun (orang yang beruntung), adalah dari kata akar 'fa-la-ha'; sama dengan kata akar untuk fallah (petani). petani perlu bersusah payah bercucuk tanam untuk dapat hasil. dia perlu buang yang 'rosak', dan pilih 'benih' yang paling baik. 

lalu tanaman akhirnya subur dan berjaya, hakikatnya hasil dari kejerihan dan kesusahannya tadi. maka, begitu jugalah orang yang Allah gambarkan beruntung tadi. 

dia pastinya cukup mujahadah (lawan hawa nafsu), dan bersusah-payah 'menyekat' dirinya dari apa yang Allah larang, dan berusaha mengupayakan cinta pada ketaatan; membuang yang buruk, dan memilih yang baik, hingga akhirnya tersibghahlah jadi akhlak, dan terbekallah sebagai taqwa.

Allahu,
Rabbunal Ghofur, 
jadikan kami dalam kalangan orang yang susah payah itu. 

ameen.

4 comments:

Ainum Lathifah said...

ameen..
syukran kakak :'(

Umairah. said...

ainum:
:)

amalia said...

akak,

"buang yang rosak"

jazakillah utk frasa itu :)

Umairah. said...

amalia:
waiyyaki, adikku. :)