waktu mengemas paling mahsyuk ialah waktu tak ada sesiapa di rumah; bebas! orang tak lalu lalang waktu aku nak menyapu, mengemop. dan tak ada yang akan punggah barang-barang balik, usai elok-elok menyusun. sempat sekejap untuk mata memerhatikan dengan puas, lantai rumah yang sudah berkilat dan wangi. serta barang-barang yang tak bersepah sini sana (rumah cikgu, memang begini. kertas, buku, pen berterabur sana sini).
tapi elok-elok selesai mengemas, ummi akan tanya mana fail ummi yang ini. walid akan cari beg dia yang hilang. dan lain-lain lagi. heh. dan orang yang bertanggungjawab ialah orang yang mengemas. tapi, kadang-kadang aku terlupa di mana aku letak.
--
rasa best bila ummi buka pintu, tengok rumah dah bersih. lantai bersapu bermop. barang-barang tak tercampak sini sana. dan sebagainya.
setiap kali, kalau nampak rumah lain sikit ummi akan cakap; "rajinnya anak ummi". wahah; senyum panjang! bukan kerajinan itu yang jadi kebanggaan (sebab kerajinan itu sekali sekala ia datang), tapi bila tengok ummi senang dan gembira. ala-ala surprise, terkejut tergempar begitu. padahal, ummi memang tau je anak dia akan mengemas waktu tak ada orang di rumah. tapi, penghargaan dari ummi sungguh bermakna bukan? dapat berbakti sedikit, terasa sungguh nikmat, bukan?
balik kali ini, rasa best sikit. tak sunyi. iman ada; cuti sekolah. adik ada; usm study week. iman yang tolong basuh pinggan tadi. sapu lantai dapur. vacuum bilik. dia suka kalau buat kerja sama-sama. semangat lebih. kalau tengok rumah bersepah sangat, iman akan cakap manja-manja gedik, gaya pujuk rayu manis; "akak, jom kemas rumah. sama-sama?"
--
semalam, seharian mengemas barang-barang, yang dibawa balik kesemuanya dari uia. kebetulan, minggu-minggu lepas ummi walid singgah kl. ammar ada temuduga; biasiswa mara. alang-alang, terus bungkus semua dalam kotak, bawa balik rumah. gaya macam dah grad pun ada. banyak sangat nota yang menyemakkan bilik sekarang. baju yang tak pakai pun ada. jadi minggu-minggu yang lepas itulah, adik-adik yang budiman (kuli sejahtera) sedia berkhidmat untuk kakaknya; naik turun tangga ke tingkat empat, mengangkut barang-barang. walid tunggu di bawah, susun kesemuanya dalam kereta.
pendek kata, semalam adalah hari mengemas sedunia. bila susun nota-nota rasa macam tak percaya, sudah hampir 3 tahun berada di uia. bila tengok buku-buku, "eh banyak juga. bila masa aku borong?"
oh ya! waktu tengah cari quotes pasal librari, ini yang paling menarik;
"i declare after all there is no enjoyment like reading! how much sooner one tires of any thing than of a book! -- when i have a house of my own, i shall be miserable if i have not an excellent library."
― jane austen, pride and prejudice
moga-moga membaca buku memang jadi keseronokan dan kegilaan, lebih dari membaca di bukumuka dan blog. hmm. kata hasan al-banna, kita kenal orang dari buku yang dibaca. harapnya, lepas ini dapat borong lebih banyak buku yang membina jiwa dan intelek, hah!
rasa macam kembali zaman dulu-dulu; zaman yang mana, naratif sebegini menjadi kegilaan di blog lama. terasa seperti ini adalah entri yang entah apa-apa. tapi, terasa nak publish juga. huh
ok, mahu makan sambil tunggu ummi walid pulang. moga balik nanti, ummi akan cakap lagi, "rajinnya anak-anak ummi", sambil senyum puas dan suka! heh
hari ini, adik goreng ayam bersama tepung yang digaul rempah daging. dan, gulai ayam! alhamdulillah..
..esok-esok masak lagi, okey!
sekian-
8 comments:
saya pun suka borong buku ^^
bercita-cita utk bt mini library bla ada rmh sendiri nti..insyaAllah
suka baca 'post' akak..
"reading without reflecting is like eating without digesting"
(Edmund Burke)
anna husna;
cuma, bimbangnya dalam entri akak, tak ada benda yang nak direflekskan. :)
moga tercapai cita-cita, amin3.
jazakillah, anna husna-
0k.nak buku manyak2 mcm tu jugak.:)
best n sedap mata memandang kan ble bku2 dsusun rapi.ble pndang bru perasan,eh sume ni ak punye ke?
Aha.
kak syida:
setuju
insyaAllah akak, satu hari nanti.
alah, buku tu bukan umy punye sorang. adik-adik topup sekali, kongsi lemari.
tapi ya, nikmat XD
(sikit-sikit, lama-lama jadi bukit)
Ini yang ditunggu-tunggu. I want your story =))
umy, nnt kte chat. moga panjang umur, ada jodoh. yA Allah umy. u know what, kite masing2 sebenarnya xtahu apa dah jadi dgn hidup each other. tp sampai sekrang kita masih saja berkongsi tentang kehidupan dan perasaan kita. walau xselalu, tapi tetap dalam ingatan. Moga Allah kukuhkan ikatan ini hingga kita boleh gather lg di syurga :') kita mula langkah bersama, moga sampai akhir bersama
puteri:
insyaAllah
waktu mengemas, jumpa banyak nostalgia. kain rentang (panji) kem nadwah dulu pun ada.
he he.
amin3, insyaAllah.
take cara, Mira. XD
Rak itu,
Masya Allah.
Semoga nanti ada buku tertulis umairahshafei penulisnya di situ.
:)
tak lama lagi.
~jamilah
jamilah:
hehe
amin3
:)
Post a Comment