Pages

Sunday, March 11, 2012

bila jeans dipadankan baju kebaya.


"..bila saya katakan tajdid pada busana, ini bermakna awak kena kembali kepada busana Melayu yang dasar. dasar busana Melayu itu selain punya falsafah dan konsep tertentu, kaya dengan nilai adat serta adab dan menampung makna agama kita. bukan main pakai sahaja. busana Melayu bukan main sarung sahaja. 
kreatif bukan lesen untuk sembrono menggabungkan kebaya dan seluar jeans, misalnya, kemudian mengenakan mini telekung. ini kesesatan. tajdid ialah usaha untuk kembali kepada yang asal, dan asal kita ialah agama dan adab. 
kita 'kan orang Melayu, mana santunnya kalau gadis Melayu berseluar jeans ketat, carik di lutut, bercoreng tulisan di punggung dan kemudian dipadan kebaya? ini kreatif songsang dan berniat jahat ke atas budaya Melayu.." 
-faisal tehrani, manikam kalbu, hlmn. 53
---

kadang-kadang, puisi-puisi kita pun sepertinya dipakaikan 'jeans' dan baju kebaya. konon-konon, adalah satu seni bila 'moden' digabungkan dengan 'tradisi'.

"ya, tapi tradisi bukan bermakna moden. moden bukan bermakna Barat. jeans itu moden? jadi kurung belanga itu tradisi? saya rasa itu pendekatan yang salah." -hlmn. 54

lebih kurang sopan lagi, apabila puisi-puisi pun disentuh dengan unsur 'erotik'. terang-terangan; didedah-dedah dan dibuka-buka. 

sedangkan mukjizat agung paling indah, paling mahsyuk, paling seni (baca: Al-Quran) pun 'menyembunyikan' hubungan lelaki-perempuan, dengan lafaz, "اللمس - 'al-lams' - sentuh" (an-nisa':43), "الحرث - al-harth - ladang" (al-baqarah: 223); cukup sembunyi, cukup rahsia dan cukup terjaga..

dan kisah Yusuf A.S dan perempuan Al-'Aziz pun tergambar dengan cukup diam, cukup halus, cukup sempurna tanpa dibuka-buka atau didedah-dedah.. 

lalu bagaimana pula puisi-puisi yang 'terbuka' sebegini diangkat popularitinya menjadi paling indah, paling mahsyuk, dan paling seni? err, kemodenan=kebaratan? mengulang kata Cikgu Natasha (watak dalam Manikam Kalbu), "ini kreatif songsang. saya rasa, itu pendekatan yang salah."

nampaknya duhai Cikgu Natasha, bukan pakaian kita sahaja yang harus kembali pada dasar agama, seni-seni lain (baca: puisi, filem) juga!

oh! 

di mana Cikgu Natasha? bolehkah saya diajar?
di mana Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim? bolehkah kita berguru? 

huhs

Allah itu indah, dan Dia sukakan keindahan. 
yang dari Allah, dan kembali pada Allah, tentu itulah yang indah. (al-baqarah:138)



____
ps: kalau belajar puisi arab dalam kelas, unsur 'erotik' banyaknya wujud dalam puisi zaman jahiliyah. hmm, apakah kita 'mengiktiraf' yang jahiliyah.. ?

*erotik: maksud

5 comments:

pakurawan said...

cemburunya dapat belajar syeer arab.

aduh. tulisan ini buat saya rasa berdosa.

satunya, menyukai kata-kata leonard cohen.

duanya, bila merasakan diri menjadi perosak keindahan puisi.


request saya, blog ini harus lebih banyak tulisan-tulisan sebegini. :D

Umairah. said...

hazen:

tapi kadang "haru" juga bila sepatah kata pun tak terfaham.

kadang, bila ustad dah terang pun, still terkebil2 juga. (orang tak skor dalam exam, memang begini =,=')

leonard cohen? kata-kata yang mana satu? dan ini utk yang kedua:

"khiyarukum fil jahiliyyah, khiyarukum fil islam, idza faqihu."-hadis

utk request; insyaAllah.
terima kasih.

Anonymous said...

T_T

Umairah. said...

huda:

kenapa sedih?
huda kan belajar skill m'jahit
nanti design baju2 yg islami
then bukak butik
pastu bg akak free
akak bg adik2, free
diorang bg kawan2 free

inilah rantaian2 yg akan b'busana Islami, insyaAllah

melalui dua tangan yg m'jahit,
tangan huda, subhanallah! :')

ps: akak tunggu baju free, haa jgn lupa! :D

Anonymous said...

hehe, nakal..

mlm td sedih ckit, ada peristiwa.. bila bace entry akak semacam apa yg huda rase. hu3.

thanks.

tunggu ye, hihi~