iqra' itu sebatas wahyu mula
secalit sirah, 'uzlah Baginda
sekitar hafalan anak tadika
hari ini ingat, esok-esok lupa
kewajaran; aku dan kau
malas membaca
hari ini, murobbi kita mendidik kita
iqra' itu sebanyak rasul demi rasul
sejauh zaman demi zaman
sejarak tahun demi tahun
seluas kota demi kota
sebesar mukjizat demi mukjizat
lalu, apa alasan;
aku dan kau, malas membaca?
--
kata Ustaz, zaman ini tak perlukan peranan Rasul lagi, sebabnya zaman ini zaman teknologi maklumat; ada buku-buku, ada internet, dan lain-lain yang memudahkan dan melancarkan komunikasi. yang kita perlu, hanya ‘MESEJ’. dan Allah telah melengkapkan ‘MESEJ-MESEJ’ itu dalam Al-Quran (al-maidah:3). sebab itu, Al-Quran ini mukjizat terbesar Rasulullah S.A.W. tinggal pada kita saja, untuk iqra’!

subhanallah
maka, bukankah tugasan iqra’ (zaman ini) itu kalau dihitung-hitung secara kasar, "menyamai" peranan Rasul (zaman dulu) yang menyebarkan risalah? dan "menyamai" sejumlah bilangan Nabi (zaman dulu) yang diutuskan?
rasanya, kita sudah boleh agak kenapa malaikat Jibril berbisik pada Rasulullah, iqra’, iqra’ dan iqra’ berulang-ulang kali.
hahhhh, set sail my love!
_____
kelas akidah; nuzulul wahyi
ustaz, andalah murobbi yang kami perlu! :')
4 comments:
Assalamualaikum umy.
Sihat? Rindu nak menyapa. :)
Tajuk entry umy tajuk yg kebetulan saya dan sahabat saya bualkan tadi malam.
Saya tersentap bila dia kata.
'Reading is not my hobby. Reading is a MUST.'
Tersentap sebab saya membaca bila ada masa, dia pula membaca setiap hari walau satu halaman apa saja buku selain buku kuliah sebelum dia tidur malam.
Hujung tepi katil dia sentiasa ada buku yang berubah-ubah tajuk setiap minggu or bulan.
:)
rindu nak baca
fatin:
o'yeke? #chemistry
aura fatin sampai sini kot? :)
'Reading is not my hobby. Reading is a MUST.'-
i'Allah, kita praktis b'sama.
tq fatin, perkongsian yg best!
ssk:
lamanya tak dgr khabar si syahid kecil. sihat? btw, baca apa dik? :)
Alhamdulillah. Miss to read your post =)
Post a Comment