Pages

Tuesday, December 6, 2011

07:48 a.m



Erm, setiap kali saya buka tingkap luas-luas waktu pagi, saya akan teringat satu dari banyak-banyak ayat Al-Quran tentang kejadian alam. Ayat ini sungguh simple, tapi nice. Terlalu refleks keadaan pagi setiap hari. Ini antara ayat favourite, yang tak pernah sekali pun menjemukan.

"Dan Subuh, ketika ia bernafas." (At-Takwir: 18)

Subhanallah, nafas Subuh selalu menyenangkan.

Herm. 


Dan, entah kenapa hari ini saya rasa ada aura lain sikit. Hari ini 10 Muharram, 1433 hijrah. Beberapa hari sudah, kita menginjak tahun baru. Saya taklah merasakan setiap tahun berganti, adalah menjadi kewajipan kita untuk memasang azam dan tekad baru. Tak.

Tapi, sekurang-kurangnya setiap kali tahun berganti, itu akan jadi aras tanda sejauh mana sudah kita telah mendekati Allah dan RasulNya? SyariatNya? AjaranNya? Akhlaknya? Kan?

Dan, dalam kesibukan hari demi hari. Dalam langkah hari demi hari. Dalam pekerjaan hari demi hari. Dalam ibadah hari demi hari. Dalam masa hari demi hari. Yang terus berlalu sepantas kilat, tanpa sedar..

Hari ini saya tertanya:

"Apa yang aku paling nak dalam hidup? Dan, apa yang Allah paling mahu dari aku dalam hidup?

Malangnya, saya selalu terlupa. Dan kelupaan itu, hakikatnya terus melekakan dari matlamat dan hala sebenar. Membiarkan hidup terus berlalu, tanpa erti. Tanpa erti, kawan!

Allahhu Allah.



____
pic kredit: anis/istaciium

2 comments:

Anonymous said...

A nice one.
Thanks for sharing.

:)

~Jamilah

Umairah. said...

jamilah,
thanks for reading. :')