"yang mencintai dibumi, pasti akan dicintai yang di langit."
tapi
cukupkah cinta,
benarkah cinta,
realistikkah cinta,
andai masih kering cemburu jika mereka yang dikata cinta, bermaksiat pada Allah?
andai masih tandus sensitif jika mereka yang dikata cinta, lalai mengingati Allah?
andai masih punya redha jika mereka yang dikata cinta, lompong akhlak Islamiyyah?
andai masih ada rela jika mereka yang dikata cinta, buta tarbiyah Islamiyyah?
barang murah, kerana pembuatannya mudah
barang mahal, kerana pembinaannya susah
cinta kerana Allah, cinta demi Allah, cinta kepada Allah, dan cinta-cinta yang membawa ke jalan Allah itu pembinaannya, pendakiannya, perjalanannya susah. susah sekali!
..kerana itu harganya cukup mahal
Allah..
masih mudahkah cinta?
Allah..
masih murahkah cinta?
Allah..
telah cukupkah cinta
untuk dicinta yang di langit?
hmm.
_____
ukhwah itu saudaranya iman.
belum cukup cinta, bermakna belum tambah iman. :'(
08102011
sum/dawn
No comments:
Post a Comment