jaga mata
jaga hati
jaga tutur kata
jaga aurat
jaga pergaulan
jaga masa
jaga, hmm.. duit?
berjaga-jaga, sebab ada "penjaga-penjaga"
yang juga berjaga-jaga
dari salman r.a berkata: "jika engkau mampu, janganlah menjadi orang pertama masuk ke pasar, dan terakhir keluar darinya. kerana pasar merupakan medan pertempuran syaitan dan di sanalah ia menancapkan benderanya." (HR. Muslim)
masuklah, masuk; dengan doa
tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata, tiada sekutu bagiNya. bagiNya kerajaan, bagiNya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan. Dialah yang hidup, tidak akan mati. ditanganNya kebaikan. Dialah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.
masuklah, masuk; dengan niat yang baik
masuklah, masuk; dengan tujuan yang baik
masuklah, masuk; usah berlama-lama
masuklah, masuk; usah terleka terlalai
bertawakallah, moga Allah pelihara
padaNya segala kebaikan, segala perlindungan
amin.
:)
jika aku lupa, ingatkanlah
moga tidak tinggal sebagai kata yang beku
tanpa amal, tanpa praktikal
"bila kita berusaha jaga diri kerana Allah, Dia pasti akan sentiasa jaga kita."
ihfazillah, yahfazka.
wallahhua'lam.
____
#erm, mungkin boleh aplikasi time masuk stabaz? :)
moga tidak tinggal sebagai kata yang beku
tanpa amal, tanpa praktikal
"bila kita berusaha jaga diri kerana Allah, Dia pasti akan sentiasa jaga kita."
ihfazillah, yahfazka.
wallahhua'lam.
____
#erm, mungkin boleh aplikasi time masuk stabaz? :)
2 comments:
tazkirah stabaz, superb!
[promo]
selamat beramal~
:)
Post a Comment