Binalah prinsipmu, mendasar kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Lalu, istiqamahlah. Andai tak kau temui, berbincanglah dengan yang lebih arif, agar ketenangan hati kau perolehi.
Bergeraklah sesuai matlamat. Tanyakan pada hati, apa matlamatmu? Hubungkanlah dengan perencanaan, agar kau bergerak di atas jalan yang lurus, tanpa menyimpang, atau masamu terbuang.
Lakukan segala sesuatu bermatlamatkan Allah. Usah dicari redha manusia. Andai seluruh manusia mengejimu, mengutukmu, atau menolakmu, pujuklah hati bahawa kau punya Allah. Dia memerhatikanmu, mendengarkanmu, dan memahamimu. Dengan memiliki Allah, maka kau telah mempunyai segalanya!
Carilah waktu-waktu untuk bersendiri dengan Allah. Carilah kelapangan untuk membuang sementara urusan duniamu. Untuk kau mengadu kegembiraanmu, keletihanmu, kesedihanmu, kerana Dia Maha Memahami. Kebersamaan dengan Allah, akan membuatkan hatimu lebih tenang dan tenteram.
Jadilah seseorang yang kau mahu jadi. Binalah impianmu, dengan apa yang kau ada. Terbanglah tinggi dengan sayap-sayap cemerlang yang kau miliki. Pedulikan bisik-bisik, mehnah atau tribulasi. Itu adalah sunnah kecemerlangan. Anugerah bukan untuk dipersia, tapi harus diperhebat dengan izin dan syariat Allah. Bergeraklah sesuai dengan seleramu dan redha Allah! Ayuh, beranilah!
Perhebatkan azammu. Rancanglah sesuai dengan kehendakmu. Kerja-kerja membina manusia, bukan saja memerlukan kekuatan fizikal, tapi spirit yang positif. Peta mimpi-mimpi dahsyat, kerana kita memandang ke depan, dengan azam yang luas dan hebat! Jadilah pemuda yang semangatnya muda, tapi ada hikmah asy-syuyukh.
Belajarlah untuk terus belajar. Buka hati, buka diri. Maka, pembelajaran akan terus berjalan dengan sempurna. Tata silapmu, dan perbaikilah. Moga masa depanmu lebih cemerlang.
Diri, Syurga itu mahal. Maka, tinggilah pengorbanan yang harus kau bayar. Allah melihat, dan memilih siapa yang Dia kehendaki. Ayuh, buktikan bahawa kau mahu dilihat Allah, dan termasuk dalam tapisan al-ghuraba’. Bersemangatlah untuk berkorban. Berprestasilah untuk meraih cinta!
Kikislah cinta-cinta yang mendahului cinta Allah. Sensitiflah dengan karat-karat hati yang menghalang kebaikan. Dosa-dosa harian yang menjauhkan hidayah. Kesabaran akan menemukan hikmah. Bila kau lakukannya kerana Allah, Dia akan membalasnya. Yakinlah, bahawa Dia sebaik-baik pemberi kurnia. Ayuh, carilah kesabaran!
Bersedialah! Kerana keikhlasanmu akan sentiasa diuji dan teruji.
“Adanya Allah, maka kau punya segalanya!”
___
05102011
sum/sunrise
3 comments:
Subhanallah...
:)
ayuh!
alhamdulillah =D
to jamilah, qhalifa:
moga terinspirasi. tidak tinggal sebagai kata-kata yang beku.
amin3.
:)
Post a Comment