Pages

Friday, October 14, 2011

11.30; yakin belum tiba.

salam'alayk.

"dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan SOLAT. dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh BERAT, kecuali orang-orang yang KHUSYUK. iaitu orang-orang yang meYAKINi bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali padaNya." (Al-Baqarah:45-46)

rasanya, ini adalah jawapan paling tepat kepada persoalan;

-kenapa aku takut sekali? kenapa cemas? kenapa gelisah? kenapa tak tenteram? kenapa hilang yakin? kenapa kurang percaya? 

-tapi, kenapa bila semua itu ada, aku tak mampu untuk bersabar? kenapa aku tak boleh nak meminta pertolongan Dia? kenapa aku tak boleh bersendirian sekejap dengan Dia? kenapa aku tak boleh sujud untuk meminta? kenapa aku tak mahu mengharap pada Dia, berdoa pada Dia? kenapa rasa berat untuk melakukan ini semua, tapi merayu-rayu, mengadu, menangis, dan mengharap pada selainNya? atau melepaskan dengan melakukan hal-hal yang tak sepatutnya?

tahulah aku,
hanya kerana keYAKINan itu belum ada. 

utuh, sepenuhnya!

No comments: