Pages

Saturday, September 3, 2011

rasa dulu, rasa sekarang.

..dan sebelum pari-pari senja terbang menghilang, dia sempat berbisik. hingga kini terngiang-ngiang, cuma jadi rahsia. kerana jika kau tahu jawabnya, kau akan tahu soalku. dan oleh kerana aku ingin mendedahkan perihal soalku, maka kukongsikan jawabnya.

aku: "kau ada rasa?"
dia: "kenapa kau tanya?"
aku: "heh, siapa yang soal dulu?"
dia: "perlukah aku ikut turutan?"
aku: -diam-
dia: "kongsikanlah, aku dengarkan."
aku: "apakah rasa boleh berubah?"

pari-pari diam. kemudian dia melontarkan kata. seminit dua aku teruja buat kali ketiga, dia sesungguhnya mampu berfalsafah dalam bahasa inggeris. oh!

"we don't see things as they are, we see them as we are."

terpandangkan keadaan aku yang terpinga-pinga, dia mula akur. 

"bukan aku, duhai muslimah. aku hanya peminjam. itu milik anais nin."

aku terkebil-kebil lagi. segera dia menampar pipi, lembut.

"tak usah pura-pura bijak, google lah!"

aku sengih. masih juga terngiang-ngiang,

"we don't see things as they are, we see them as we are."

siapa aku?
sekarang?



 _____
*rasa dulu: _ _ _ _ _

*rasa sekarang: blur ada. tertanya-tanya pun. dan moody juga. T.T adik-adik akak dah nak balik. semua akan jadi sediakala. dan ya, aku rindu ramadhan! sungguh-sungguh. :'(

oh, kenalkan. ini pari-pari senja. 

No comments: