Walau aku mungkin marah? Mungkin membentak?
Mungkin menjauh? Mungkin membenci?
Yang selalu cemburu aku bermaksiat pada Allah,
Walau aku mungkin mengeji? Mungkin menghina?
Mungkin melupakan?
Yang selalu mencintaiku ikhlas keranaNya,
Walau aku mungkin menghilang? Mungkin tak bertegur?
Mungkin menjeling?
Yang selalu mendekatkan aku padaNya,
Walau aku mungkin menolak? Mungkin menghilang?
Mungkin menyepi?
Walau ada semua kemungkinan,
Hati kita Allah yang pegang.
Ya, adakalanya dorongan nafsu
Aku cuba menghilang, cuba menyepi, cuba diam,
Cuba melupakan
Apa yang aku dapat?
Makin cinta, makin rindu, makin kasih.
Anehkan?
Sebab, hati kita Allah yang pegang.
Sebab, cinta kita milik Allah.
Sebab, rindu kita milik Allah.
Dia berhak membolak-balikkan hati,
Sesuka yang Dia mahu, sekelip mata!
Belajarlah aku,
Mencintai dengan iman.
Cinta Allah kita dapat, cinta manusia pun kita dapat.
ps: i love you too. for the sake of Allah. jazakillahhukhayran. (:
2 comments:
Assalamualaikum umy.
I miss u too. So much! Eid Mubarak my dear. Maaf segala salah dan silap. I'm being ur silent reader for this 3 weeks. Haha. Kantoi. Jemput la datang rumah. Ajak nuri sekali. weeeee ;)
Wa'alaikummussalam WRT. :)
Tak ada apa pun utk dimaafkan.
Teringin nak pegi rumah. Hehe.
InsyaAllah, kalau berkesempatan.
Awak pun, dtgla UIA. Bleh jumpa. xD
TC.
Post a Comment