ps: anis (rumate) yang ajar buat macam ni. beli satu buku yang cantik sikit. khaskan untuk tulis quote dari ceramah on9/lectures/buku-buku/twitter/fb/blog/public figures/daurah/etc. nasihat simple. boleh jadi "teman" waktu tunggu bas, bayar yuran, tunggu giliran, tunggu lecturer, lepak, dan sebagainya. :) boleh cuba, macam best jugak~ xD
Folder dan dokumen-dokumen lama dipunggah. Terjumpa part ini dalam
Bila baca balik, macam biasa akan tersenyum-senyum sendiri. Sebab apa yang ditulis waktu itu, hakikatnya menggambarkan emosi waktu itu. Dan, kadang-kadang macam lawak juga. Sebab terasa diri sungguh tidak matang.
Tapi, ada juga part yang menyentuh hati. Sebab mungkin juga pemikiran, tingkah laku, akhlak kita yang waktu itu, lebih baik berbanding sekarang. Yang kini, mungkin ter-berubah sikit. Ter-jahat, dan ter-lupa mencuci hati. (hmm)
Tapi, ada juga part yang menyentuh hati. Sebab mungkin juga pemikiran, tingkah laku, akhlak kita yang waktu itu, lebih baik berbanding sekarang. Yang kini, mungkin ter-berubah sikit. Ter-jahat, dan ter-lupa mencuci hati. (hmm)
Persis!
Macam sekarang.
Itulah kan, orang kata tulisan kita boleh "menembak" kita balik.
Positif atau negatif, tak mengapalah.
Sekurang-kurangnya, nasihat buat diri sendiri.
Cukuplah muqaddimah.
Copy dan paste. Tapi, tak semualah. Mana tahu, ke depan-depan lagi, boleh jadi novel? Tak bestlah kalau dah baca dulu, kan? (ahah) Berangan! :P
++++++
"Hati manusia itu, sekejap saja Allah boleh ubah."
Ya, betul. Hatinya mengakui.
"Siapa sangka yang dulu jahat, sekarang boleh jadi baik? Dan, siapa yang boleh jamin, yang dulu baik, sekarang masih lagi baik?"
Hmmm. Betul juga.
"Sebab itu, kita tidak berhak untuk menghukum. Sebab nilaian baik di mata manusia, belum tentu baik bagi Allah. Dan nilaian jahat di mata manusia, kita tak tahu, dia mungkin kelak mulia di sisi Allah."
Rakaman ceramah dua bulan lepas itu diulang-ulang. Berpuluh-puluh kaset tersusun rapi di rak meja. Memang menjadi hobi, setiap kali ke kuliah mana-mana perakam Sony akan dibawa. Rakaman akan diulang dengar, lebih-lebih lagi bila ada waktu senggang sebegini.
Hari ini pula, masuk hari keempat dia uzur. Keuzuran buat jiwa kadang-kadang terasa kosong. Benarlah, solat itu sungguh penghubung jiwa hamba dengan Tuhannya. Meski boleh saja ketika waktu uzur, mulut berzikir, dan hati boleh ingat Allah, namun tidak akan pernah sama dengan merasai nikmat rukuk dan sujud dalam solat.
Bila terasa kosong inilah, jiwa perlukan pengisian. Pengisian langsung, dan dia rasa kaset-kaset itu boleh juga sedikit sebanyak mengubat hati.
"Baik dan jahatnya manusia takkan pernah berhenti. Sekali buat jahat yang kecil, tak mustahil dia akan buat jahat yang lebih besar kelak. Begitu juga kalau buat baik. Kalau baik yang kita sudah rasa terbaik pada hari ini, mungkin ada yang lebih baik dari itu. Pendek kata, kita berubah setiap hari. Walaupun cuma ruang-ruang kecil."
Dr. Mira masih terus dengan bicaranya. Sofea masih setia dengan earphone yang disumbat ke telinga.
Ya. Betul sekali. Dulu, rasa macam sudah faham Islam. Memegang jawatan dalam ABSAR (Angkatan Briged Sahsiah dan Rohani) di sekolah macam sudah cukup bagus. Akhlak macam sudah baik. Diri pun macam sedia faham dengan tugas-tugas pendakwah; menyeru makruf dan mencegah mungkar. Rupanya, belum lagi.
Hinggalah menjejak ke sini, jiwa macam baru kenal Islam. Kenal tarbiyah. Diri yang boleh dikatakan sebagai kakak naqibah dulu, macam tak kena. Banyak kemahiran yang belum dikuasai. Ilmu pun, makin dipelajari, makin rasa diri ini jahil.
Sofea mengeluh perlahan. Namun, dalam diam tautan syukur Allah menemukan dia dengan butir paling berharga. Mutiara yang tak pernah berkedip, terus memancar, demi menyinari sekeping hati.
Tarbiyah yang banyak menghentam jiwa. Sakit, tapi manis. Tarbiyah yang banyak menggegar naluri dan rasa. Pedih, tapi nikmat. Tarbiyah yang mengajar nilai ukhwah. Ukhwah yang harus tegar menelan kekurangan diri. Sedia ditegur bila-bila masa. Sedia menasihati, bila perlu. Tarbiyah yang mengajar harga iman, dan nilai malu. Tarbiyah yang membentuk nilai ikhlas. Tarbiyah yang mengajak diri menjaga kesucian hati. Tarbiyah yang mengekang jalan-jalan ke arah maksiat. Tarbiyah yang memperkenalkan cinta hakiki.
Dalam tempoh mengenal tarbiyah, dia jatuh dan bangun. Prinsip tarbiyah kadang banyak yang tak selari dengan tabiat dan kemahuan diri.
Susah. Susah sekali.
++++++
Sesudah baca, rasa diri macam Sofea. Dan Sofea macam diri sendiri. Susahnya mengekalkan momentum "tarbiyah" dalam diri.
Kadang-kadang, diri tahu ini salah. Ini betul. Tapi, selagi mana belum jadi prinsip dan sistem dalam diri, maka diri tak mampu untuk beramal. Dan bila tak cuba beramal, tak mudah jadi tabiat. Dan, bila tak jadi tabiat, tidaklah terbentuk serta kekal sebagai akhlak. Maka, kekallah diri sebagai orang yang tahu, tapi tak beramal.
Tak payah berbicara tentang orang lain. Cukuplah, diri sendiri.
Betapa susahnya.
Susahnya mengikis jahil. Membina prinsip. Membentuk tabiat. Dan, membina akhlak. Dan yang paling penting, istiqamah dengannya. Di mana-mana, bila-bila masa dan dengan siapa-siapa pun.
Alangkah, bestnya..
Dapat jadi orang yang baik, sebaik itu! :)
Dapat jadi orang yang baik, sebaik itu! :)
"Jangan pakai dua topi. Satu yang ditarbiyah. Satu lagi bukan. Kerana kita adalah hamba RABBANI." (DT, 19 Jun 2011)
Oh, macam mana nak kekal fleksibel, tapi praktikal?
___
___
selalu teringat lirik lagu nie, kalau terasa diri dah tukar blog jadi diari.
"kasihan, mungkin dia tidak punyai kepakaran
kasihan, mungkin dia perlukan perhatian.."
:)
6 comments:
Copy dan paste. Tapi, tak semualah. Mana tahu, ke depan-depan lagi, boleh jadi novel? Tak bestlah kalau dah baca dulu, kan? (ahah) Berangan! :P
Amin.amin.amin.
Bila tuan diri sudah cakap bukan angan lagi tu, tentu sudah berubah menjadi cita-cita..
Siapa tahu?
tapi, cerpen umy..
err, macam malu saja. :')
apapun, terima kasih jamilah! :)
SubhanAllah.. :)
alhamdulillah. :)
btw, tak pernah sangka senpai akan bertandang ke sini. syukran~
idea ttg nota tu sgt best. alhamdulillah dah pernah try buat.
oh ye, berminat juga menunggu novel dari awak.
=)
ahah. xD
moga yg lawak2 tu jd kenyataan. amin3. syukran~
Post a Comment