Hmmm, entahlah.
Adakalanya kita tak perlukan pendamping-pendamping yang hebat untuk menegur dan menasihati. Cukup dia-dia yang boleh kita hormati dan kagumi kesederhanaannya. Buat kita rasa betapa hinanya "mulia" yang kita rasakan, dan betapa tingginya "ego" yang ada dalam hati.
Akhirnya, melahirkan bimbang dan sesal; bahawa kita mungkin beramal dalam "bangga" yang kita tak sedar. Sehebat-hebat, dan sesempurna yang kita cuba jadi, masih juga ada karat yang tertinggal; mungkin ego, bongkak, sombong, dan mungkin riak yang diam-diam cuba menghuni hati?
Itu nasihat yang sempurna!
Rahsia hati milik Allah. Cukuplah, aku yakin dan tahu, Kau Maha Tahu.
24 Ramadhan.
No comments:
Post a Comment