Pages

Friday, June 24, 2011

TETAPI.

sem III; Apr-Jul 2011: fuiiyyo-3rd year tuu! =,='

 
diri ada keberanian
tetapi tiada kejujuran
 
diri ada kesungguhan
tetapi tiada keikhlasan 

antara berani jujur sungguh ikhlas
tetapi tiada satu tindak berbalas.

engkau kuat pantas berlari
tetapi tiada kau kejari pahala diri
 
engkau hebat melayari samudera
tetapi tiada jasa mengasuh manusia
 
engkau harapkan malam jadi siang
tetapi tiada peduli anugerah Tuhan
 
engkau lihat mentari dan nyaman bulan
tetapi tiada tekuni fitrah alam
 
engkau inginkan sejahtera kehidupan
tetapi tiada hayati makna kebajikan
 
engkau kuasai segenap penjuru kuasa
tetapi tiada pernah kembali kepada-Nya
 
diri dalam tetapi
tetapi dalam diri
 
engkau dalam tetapi
tetapi kekal tetapi.

A AZIZ DERAMAN
Putera Permai,
Selangor
28 Mac 2007
 




ps: subhanallah, meaningful! sebegitu kekal tetapi, E-X-A-M tetap menanti. fuhs, cepatnya masa pergi~




No comments: