Putaran lagu "Antara Dua Cinta" mendendangkan irama syahdu. Mengenangkan ketidakmampuan menghadapi ujian yang satu ini, tiba-tiba diserbu rasa sebak. Mata rasa hangat, dan air mata mula gugur.
Nyatanya, mata dia juga memerah. Entahlah, mungkin saja keadaan saat itu sungguh menyayat. Atau mungkin kerana dia seorang yang berempati tinggi? Saya mengagak.
"Hahh..kan dah rasa panas!"
Ujar saya, sambil menyapu sisa tangis yang berbaki. Sekadar berbasa-basi, cuba mengubah suasana hambar. Cuba-cuba menukar sepi yang sempat merakam dua perempuan sedang menangis.
Sedangkan, baru seminit dua tadi, dia mematikan gerakan kipas, setelah saya mengadu kesejukan.
Tangisan ini pengaduan atau keluhan? Mengadu kerana diri masih juga kalah. Mengeluh kerana ketidakmampuan diri untuk melawan. Sesuai benarlah dengan tema lagu.
Dan, hari itu saya banyak mendengar. Mendengar patah-patah hikmah, demi mengembalikan kekuatan dan semangat yang ada jatuh dan naiknya.
Dan baru juga saya faham, hakikat kenikmatan: "menghormati yang tua, dan MENGASIHI YANG MUDA."
"Sesiapa yang tidak mengasihi orang muda dan tidak mengenali hak orang tua maka bukan dari kalangan kami."
[HR Riwayat Abu Daud]
Dan, betapa tingginya nilai PERINGATAN untuk seorang mukmin.
"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.[Adz-Dzariyat: 55]
Jazakillahhukhairankathira! :')
Dan ini, salah satu darinya:
Kakak,"SABAR itu PAHIT. Tapi, satu saat kalau kita terus berSABAR, Allah akan tukarkan yang PAHIT itu jadi MANIS. Sampaikan kita sentiasa rasa UJIAN itu NIKMAT!..NIKMAT yang cukup MANIS.
Dan, kalaulah kita masih belum merasai MANISnya ujian, bermakna kita belum cukup SABAR.Maka, teruskan berdoa agar sentiasa dikurniakan SABAR."
"Ok, akan diusahakan."
"Noooo, BUAT!"
"Ai ai!". *senyum*.
"Tuhan,
Leraikanlah dunia yang mendiam di dalam hatiku,
Kerana di situ tidak kumampu memburu dua cinta,
Hanya cintaMu, kuharap tumbuh,
Dibajai bangkai, dunia yang kubunuh."
Gambatte!
:')
ps: hari demi hari, cintaku bertambah. ya Allah, cintailah mereka. amin3. T.T
2 comments:
Salam....cantik sekali tulisannya...jadi ilmu yang bermanfaat....alla the best...ameen
salam,best kak.=)
Post a Comment