Cinta itu bukan yang KITA tanam di hati.Tapi, yang ALLAH tumbuhkan pada hati kita, dan disiramNya dengan rahmat, kasih, dan sayangNya.
[inspirasi dari Dr. Mira Kartiwi/ Women Issue/ Jun 2011]
Inilah keberkatan dari sebuah CINTA.
Cinta yang ALLAH bagi.
++++
Hujan petang yang menenangkan. Saya menyuakan bibir, menghirup saki baki coklat panas yang sudah mula menyejuk. Dia yang di sebelah sedang ralit membaca dan menghayati kisah pengorbanan seorang Salman Al-Farisi. Kisah tentang pengorbanan sebuah cinta! Cerita tentang pengorbanan sekeping hati yang mendahulukan ikatan akidah, hubungan ukhwah fillah.
Kerana cintanya pada perempuan itu, luhur dan murni, ikhlas kerana Allah. Subhanallah.
"Erm..makin lama, Akak rasa pandangan Akak pada cinta berubah sedikit demi sedikit. Kalau dulu, di sekolah lain. Macam percaya juga dengan cinta Islamik. Tapi, berubah, berubah, dan berubah sampai sekarang. Macam PROSES, berlaku sedikit demi sedikit. Bergantung pada tahap IMAN, dan ILMU kita. Kalau sekarang, rasa macam SEPENUHnya bergantung pada Allah. Sebab kita takkan pernah tahu orang ini baik, atau tidak, melainkan Allah!"
Dia yang di sebelah, angguk, meraikan. Lalu kami sama-sama terdiam, menyelami samudera cinta fillah. Hingga akhirnya, dia meluahkan sendiri.
"Kakak, thanks for sharing. Terkesan."
++++
Demikian malam berlabuh, dan ceritera demi ceritera terlakar. Halaqah tanpa bulatan, tapi saya pasti ikatan hati telah terbina. Allahhu Allah.
Entahlah, tidak terungkap. Saya sendiri kurang jelas dengan perasaan saat ini. Perasaan apa yang mendorong saya untuk menukilkan sesuatu. Sesuatu yang saya sendiri tidak pasti, ke mana hala tujunya. Dan, apa sebenarnya yang mahu disampaikan. Nyatanya, ada rasa cinta. Cinta yang nyaman. Cinta yang memberikan saya atap untuk berteduh.
Hari-hari berlalu. Semester tiga hampir ke penghujung. Banyak sisi-sisi hidup yang dipelajari. Subhanallah, Maha Suci Dia yang memberikan peluang dan kesempatan untuk merasai segalanya dengan HATI.
Yang Maha Kuasa telah menarik rasa yang saya sayang. Terduduk, dan berhari-hari saya menangis. Rupa-rupanya, Dia mahu hadiahkan saya RASA yang baru. Impian, dan hala tuju yang lebih jelas. Ternyata, RASA ini lebih nyaman. Lebih nikmat! Memberikan kesegaran, dan saya bebas!
Dia pinjamkan teman-teman as-soolihaat untuk mereka meluah rasa. Dan untuk saya juga berkongsi cerita. Dia tetapkan kami sebumbung, untuk saling menumpahkan cinta padaNya. Sesukar apapun, belajar mencintaiNya! Entahlah, cuma kadang-kadang macam tidak percaya, dan sungguh aturan Allah itu Maha Hebat. Ini hadiah yang Maha Besar nikmatnya!
CINTA dalam rangka ketaatan pada Allah itu, lain rasanya. CINTA dalam rangka belajar mencintai Yang Haq itu nikmat rasanya. CINTA yang Allah tumbuhkan pada hati orang-orang beriman, itu luar biasa. CINTA yang Allah hadiahkan pada hati, untuk kita sebarkan pada insan sekeliling itu lain impaknya. Sungguh!
Maka, mencintailah dengan IMAN. Dan buktikanlah IMAN, dengan CINTA.
Teori demi teori, dan inilah medan praktikalnya. Beberapa hari lalu, ada dikongsikan bersama dalam halaqah, tentang pergaulan dalam Islam. Tentang nikmat ukhwah fillah. Ukhwah bukan sekadar ungkapan "Aku mencintaimu kerana Allah, atau ukhwah fillah ilal abad semata-mata", tapi ketahuilah ikatan ini berupa ikatan yang didasari dengan AKIDAH, dan IMAN yang sama. Saling menolong dalam hal-hal makruf, dan mencegah kemungkaran.
Adakalanya, saya merasakan belum cukup tertunai tanggungjawab saya sebagai SAHABAT. Banyak hal yang masih tak terselesai, dan saya tidak sepenuhnya menjalankan kewajipan sebagai SAHABAT DALAM IMAN.
CINTA yang mendiam di dalam hati, bukan kerana Allah, tapi lebih kepada kepentingan peribadi. Adakalanya, lebih kepada memuaskan rasa dan kepentingan sahabat, berbanding memenuhi tuntutan ketaatan kepada Allah. Tak mencegah mungkar, dan tak menyebar makruf. Saya GAGAL. GAGAL sebagai gambaran SAHABAT dan SAUDARA yang Allah cirikan dalam Al-Quran.
Hmmm. T_T
Tepuk dada, tanya IMAN. Benarkah CINTA kita?
Ya Allah, sampaikanlah CINTA dalam hati kami, benihkan rasa untuk selalu mencintaiMu.
Tumbuhkan kecintaan dalam hati-hati kami, hingga bersahabat sampai ke Syurga.
Amin ya Allah.
Amin.

Dan hendaklah kamu tolong-menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan." (Al-Maidah: 2)
Adakalanya, saya merasakan belum cukup tertunai tanggungjawab saya sebagai SAHABAT. Banyak hal yang masih tak terselesai, dan saya tidak sepenuhnya menjalankan kewajipan sebagai SAHABAT DALAM IMAN.
CINTA yang mendiam di dalam hati, bukan kerana Allah, tapi lebih kepada kepentingan peribadi. Adakalanya, lebih kepada memuaskan rasa dan kepentingan sahabat, berbanding memenuhi tuntutan ketaatan kepada Allah. Tak mencegah mungkar, dan tak menyebar makruf. Saya GAGAL. GAGAL sebagai gambaran SAHABAT dan SAUDARA yang Allah cirikan dalam Al-Quran.
Hmmm. T_T
“Teman-teman akrab pada hari itu (hari kiamat) sebahagiannya menjadi MUSUH bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.” (Az-Zukhruf:67)
Tepuk dada, tanya IMAN. Benarkah CINTA kita?
Ya Allah, sampaikanlah CINTA dalam hati kami, benihkan rasa untuk selalu mencintaiMu.
Tumbuhkan kecintaan dalam hati-hati kami, hingga bersahabat sampai ke Syurga.
Amin ya Allah.
Amin.
ps: kisah cinta Salman Al-Farisi boleh dibaca di sini.
1 comment:
Jzkk ats perkongsian perasaan umy... Subhanallah..terinspirasi dgn gaya tulisan yg lahir dr hati..
Post a Comment