Pages

Sunday, May 1, 2011

Rasa.

Dosa-dosa akan mengheret kita pada hal-hal yang makin menambahkan dosa. Kalau tak disucikan, ia akan membarah. Sampai satu masa, mungkin iman tak berdenyut lagi. Saat itu, kita yang dulu begitu sensitif dengan maksiat, akan jadi orang yang mengambil mudah dengan maksiat. Akhirnya, jadi tabiat. Kebiasaan, dan lama-lama sebati sebagai akhlak. Orang pandang pun, tiada lagi rasa malu. Apatah lagi, bila yang di langit tidak ternampak oleh mata, tidak terdengar ke telinga, dan tidak terasa di hati, malu itu tercabut. Dan, bimbang sekali keimanan sampai tahap zero. Dan, hidayah Allah tidak sampai. 

Bercakap dari naluri dan rasa sendiri.

Susah kan mahu berubah 100% tanpa berpatah balik?
Susah kan mahu istiqamah, tanpa jatuh?
Susah kan mahu menetapkan hati agar selalu teguh?
Susah kan mahu pujuk diri jiwa, supaya bersabar?
Susah kan mahu melepaskan nikmat-nikmat duniawi?
Susahkan mahu melanggar prinsip-prinsip bodoh yang sudah sebati dengan diri?
Susah kan mahu buang karat-karat jahiliyah?
Susah kan mahu elak rindu busuk, yang kadang masih mencengkam naluri?
Susah kan mahu kikis cinta yang berbaur hawa nafsu, dan angan palsu?
Susah kan mahu tahan diri, sekat ego, buang malu yang tak selayaknya ada dalam diri Muslim?
Susah kan mahu berlapang dada?

Kadang, macam mahu menangis sepuas-puas hati.

Hah.
Dan, sungguh ya Allah.
Berkali-kali aku cuba.

"Allah Ta'ala akan senantiasa menguji antum pada titik terlemah antum. Orang yang lemah dalam masalah uang, namun kuat dalam masalah jabatan dan wanita, tidak diuji dengan wanita dan jabatan. Orang yang sentiasa mudah tersinggung dan pemarah, maka akan diuji oleh Allah dengan dipertemukan dengan orang-orang yang sentiasa membuatnya tersinggung dan marah. Sampai ia berhasil memperbaiki kelemahannya itu, dan tidak lagi mudah tersinggung dan marah. Seorang yang sentiasa berlambat-lambat dalam dakwah karena alasan "isteri, mertua, tamu" akan sentiasa dihadapkan dengan alasan-alasan itu, "mertua datang, tamu datang silih berganti", yang akan terus menundanya untuk bersegera menghadiri liqoat dakwah, sampai ia bisa mengutamakan agenda dakwah." (KH Rahmat Abdullah, Episode Cinta Sang Murabbi)"  

[Quantum Tarbiyah, Solikhin Abu Izzuddin hlmn. 87]



Ujian tanda Allah sayang.
Muhasabah.





No comments: