Pages

Sunday, May 1, 2011

Hak Milik.

Salwa Syazwani: 
"Sesetengah benda kita harap sangat untuk dapat, tapi kalau Dia tak izin, takkan dapat. Redha. Ikhlaskan hati."
Umairah Shafei:  
Bila ada rasa hak pemilikan ke atas sesuatu, susah sekali untuk melepaskan. Hati akan kecewa. Sedih .Tidak berpuas hati. Marah, dan mudah sekali menyalahkan.

Yang paling ditakuti adalah, perasaan untuk memiliki sesuatu itu, bukan lagi atas dasar kecintaan pada Allah. Bukan lagi lahir atas dasar iman, ketaatan dan 'ubudiyyah pada Allah. Tapi, lahir dari ego manusiawi. Kesombongan yang mahukan kemenangan. Pembuktian "aku hebat", dan aku berhak untuk memiliki dan sebagainya. Bibit-bibit bongkak persis syaitan mula tumbuh, dan merajai diri. Perasaan yang pada mulanya suci murni, dan niat yang mulanya ikhlas, makin lama makin dicemari. Bukan lagi murni kerana Allah. Tidak lagi tulus.

Allahhu Allah.
 
Moga Allah didik kita untuk ikhlas melepaskan sesuatu yg bukan milik kita, dan berdoa Allah kuatkan hati untuk menerima dengan hati yang lapang dan redha. 

Amin. Amin. Amin. Ya Allah.

Bila Allah tangguhkan sesuatu, Dia pasti akan bagi yang lebih baik dan sempurna, kalau kita bersabar kan?

Fasobrun jamil. 

Sabar atas sabar!

Bertenang, dan saling mendoakan! :D
Awak, itu namanya MUKMIN acuan Al-Quran. 
:)




ps: wawa, terima kasih atas pencerahan. meaningful! :D





cool.
heh.
;)

No comments: