Hari-hari berlalu, entahlah.
Saya cuma mahu cakap, saya betul-betul perlukan terapi.
Bila jiwa rasa sempit. Bila hati rasa sebu. Bila akal rasa tepu.
Hari-hari, saya mohon Allah lapangkan hati.
Pagi petang, siang malam.
Mohon ditenangkan entah apa gelora dalam jiwa.
Tidak tenang!
Fuuuh.
Saya pujuk hati, "Jangan takut. Jangan takut. Allah ada."
Tapi, kadang-kadang hati ini menipu. Saya masih takut juga.
Tapi, Allah tahu kan hati kita tipu?
Hmmm.
Dan pagi ini..
Kenapa saya tak penah terfikir,
Yang ini mungkin jadi penawarnya?
Setelah..
Makan NIPS, tak jadi apa.
Minum RADIX, tak jadi apa.
Tonton "Oh Yeah", tak jadi apa.
Update blog, tak jadi apa.
Duduk di cafe, tak jadi apa.
Dengar IKIM.fm, tak berkesan sangat.
Dengar lagu, masih tak berubah juga.
Baca kisah-kisah motivasi, pun tak terasa sangat.
Tapi, lepas 30 minit di situ..
Sendirian..
Sendirian..
Tadabbur dan tafakkur..
:)
"Tuhan yang memelihara kedua tempat terbit matahari dan Tuhan yang memelihara kedua tempat terbenamnya. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"
[Ar-Rahman: 17-18]
"Ingatlah. Dengan berzikir (mengingati Allah), jiwa kamu akan tenang."
[Ar-Ra'd: 28]
Subhanallah!
I Love You..Allah!
:D
*orang akan cakap saya buang tebiat tak duduk sorang-sorang kat situ? errr..pagi-pagi? =_='*
*dan mungkin ini boleh jadi sebab, kenapa saya sungguh cinta akan SUMAIYYAH x)*
*dan for sure, saya bukan photographer. dan ini bukan dslr. abaikan kecacatan. :) sekian.*
2 comments:
rajinnya kamu ni~~ sanggup amik gambar alam tiap detik...betapa cantiknya ciptaanNya kan~~ =)
sebab saya..
gadis alam.
:P
Post a Comment