Pages

Thursday, April 14, 2011

Muhasabah Cinta.



A: Kau rasa semua cinta monyet itu bohong?


B: Apa yang kau takrifkan dengan bohong? Dan apa yang kau maksudkan dengan cinta monyet?


A: Maksud aku, tidak jujur mungkin? Dan cinta monyet? Hmm. Cinta gila zaman remaja. Cinta yang orang selalu kata, "Common man. Why so serious? Love is nothing. Love is just hormones."


B: (Gelak) Terlalu kompleks untuk aku katakan. Lihat pada siapa yang mencintai. Dan, pada siapa yang dia cintai. Sebab mencintai. Dan, dengan cara bagaimana dia mencintai. 


A: Ah, kau terlalu falsafah.


B: Ringkasnya, jangan terlalu melulu menuduh, kawan. Kadang, remaja lebih matang dari kita, andai imannya terlebih dulu segar dan matang. Jadi, jangan kau kata semua cinta remaja itu cinta monyet. 


A: Huh? Aku pening.


B: Sebab itu aku katakan, lihat pada siapa yang mencintai. Pada siapa yang dia cinta. Dan, dengan cara bagaimana dia mencintai. Kadang, yang kau rasakan muda lebih tahu menilai. 


A: Buktinya?


B: Aku cuma merasakan semuanya bergantung pada iman. Kematangan iman. Kalau aku katakan remaja 15 tahun, boleh mencintai dengan nilai iman, kau percaya? 


A: Bagaimana boleh kau katakan begitu?


B: Bezakan saja. Yang tua tergoda dengan perempuan cantik, dan itu yang dia katakan cinta. Atau kedua, lelaki dewasa yang rasa kesunyian, dan tiba-tiba ada perempuan hadir dalam hidup, membalut rasa sunyi itu. Dan itu yang dia katakan cinta. Seterusnya, budak 15 tahun yang tergugah perasaannya, dan rasa tenang terlihat perempuan solehah depan mata. Kau rasa mana yang lebih baik?


A: Aku rasa budak 15 tahun.


B: Penjelasan?


A: Entahlah, cuma rasa itulah yang paling jujur. Tiada kepentingan. 


B: Hmm. Itu! Kalaulah sebelum jatuh cinta, orang boleh klasifikasikan dulu, cinta dia itu jatuh ke tahap mana, aku rasa aman dunia. Atau mungkin, kalau terjatuh cinta, muhasabah dulu sebelum pergi jauh?


A: Muhasabah cinta? Hah, edcoustic lah kau!


B: (Senyum) Ya. Bila hati terdetik, dan berbunga, muhasabah. Kerana Tuhan, kerana cantik, kerana akal, kerana nafsu, kerana rasa kosong? Sunyi atau apa? Kalau seseorang yakin cinta itu datangnya dari iman, dia pasti akan bercinta dengan nilai iman juga. 


A: Bagaimana?


B: Seboleh-bolehnya, bersih. Tanpa dosa. Pandangan, percakapan, pemikiran segalanya bersih. Kalau melanggar nilai-nilai itu, perlu muhasabah lagi. Perlu tingkatkan iman lagi. Biar benar dan lurus niat cintanya. Kerana Tuhan semata-mata.


A: Andai kau ditempat orang yang bercinta dengan nilai iman, dan Allah takdirkan kau dengan yang lain? Bukan dia?


B: Iman juga yang akan bersuara. Keterikatan hati kita pada Tuhan. Bolak-balik hati pada Tuhan. Dia Perancang, dan kau juga harus beriman dengan takdirnya. Sebab itulah, kita boleh kata kalau bercinta dengan nilai iman, rasa redha itu ada. Tiada kecewa. 


A: B, jadi bagaimana mahu jatuh cinta dengan nilai iman?


B: Aku rasa tiada cara lain. Allah saja pemilik cinta. Dia saja yang pegang hati. Dialah yang membenihkan rasa. Dan, pada Dia saja terletak segalanya. Dengan bina imanlah! Orang yang beriman saja, dikurniakan "rasa" itu. "Pandangan mata hati yang luar biasa. 


A: Kau nak kata yang kalau hati bermaksiat, dan menjadi gelap, lalu kita sukar untuk merasai "rasa" dan memperoleh "pandangan" luar biasa tu?


B: Keterikatan hati dengan Pencipta berkadar linear dengan keterikatan hati kita dengan manusia. Jatuh bangun rasa cinta itu, memang terbenih dari iman tadi. Kau ingat, Ummi selalu pesan? Kalau nanti, ada masalah dalam rumahtangga, check hubungan dengan Allah. Kemungkinan, masalahnya dari situ. 


A: Adaptasi kes lah ni? 


B: Heh, budak LLB kan? Kau pun tahu nature


A: Biar cinta Tuhan menampakkan warna cinta sebenar. Dan, dengan cinta manusia itu membawa kita kepada cinta dan redha Tuhan.


B: (Senyum). Hah. Dan, kau memang sesuai dengan Shakespeare. Aku simpan kata kau tadi. Anggaplah penamat skrip untuk teater aku nanti. 


A & B: (Ketawa). 










ps: hmmm.. mungkin banyak yang patut diedit lagi.

2 comments:

Puteri said...

"wa min ayatihi an khalqa lakummin anfusikum azwajan litaskunu ilaiha. waja3la bainakum mawwadata warahamah inna fi dzalika laayattul liqaumen yatafakarun" ayat yang diulang-ulang dalam mathurat. Betapa mawadah dan rahmah itu kurnia untuk mereka yang bersatu secara halal, bercinta secara halal. Mungkin ini sebab kejayaan cinta 'beit muslim', walau xpernah bersua, bercinta atau bercouple dek hanya kerna keyakinan pada agama, janji diikat. wallahua3lam..macam selalu, thiqah billah!

Umairah. said...

amin ya Allah..amin. :)
fi ri'ayatillah.

:D