Pages

Wednesday, April 20, 2011

Kembali.

Tuhan,
jangan kembalikan aku ke lopak, lumpur hitam
meski secalit atau dua calit,
aku tidak betah
bimbang jiwa karat,
langsung berubah warna,
dan aku kelam,
sendiri
di sini

Tuhan,
jangan ragut cinta,
dalam hati persembahan semalam,
hari-hari lalu,
Kau kenalkan aku dengan cinta baru,
nyata benar cinta ini,
tenang aku di dalamnya,
kekalkan yang hari ini,
dan kikislah yang hari lalu

Tuhan,
betapa hikmah perjalanan
Kau tabur dalam duri-duri
dan luka-luka,
dalam tangis, dan air mata lencun,
dalam payah, sakit perasaan halus itu,
nyatanya luka itu yang kukenang,
dan bukan indah semalam jadi kenangan

Tuhan,
tumbuhkan baja baru,
bibit-bibit cinta baru,
rasa yang baru,
rindu yang baru,
tak mahu kukembali lagi,
pada jerat cinta palsu,
racun iblis,
dan khianat nafsu.

Tuhan,
ketenangan jadi saksi,
bahawa iman bisa jadi bukti,
aras tanda,
yang mana dosa atau pahala,
yang mana racun atau penawar

Tuhan,
sediakan hamparan baru,
untuk jiwa persembahkan cinta,
tulus ikhlas,
tanpa menyerah,
hijrah demi Allah.

Tuhan,
kurayu.

cinta Damai dan Tenang,
hatiku milikmu.








2.33 p.m
INA.


Tuhan, kekalkan rasa ini.
jangan pergi lagi.

1 comment:

sumaiyah rushdan said...

sirius, saya suka!
will be my motivation , insyaAllah!