Pages

Wednesday, April 6, 2011

Cinta di Langit.



Ujian kali ini.

Hmmmm.

1. Umairah, awak masih kurang berdoa untuk orang-orang lain. Untuk cinta-cinta hati. Untuk Umie. Untuk Walid. Untuk keselamatan adik-adik. Untuk kesejahteraan sahabat-sahabat dalam iman. Sedangkan perintah Allah terang-terangan dalam At-Tahrim, ayat 6. "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." Bila kurang ikatan dengan Allah, maka, keterikatan hati dengan yang lain pun akan kurang. Keterikatan cinta, oleh Pemilik Cinta jadi hambar!

2. Selalu jaga kebersamaan dengan Allah. Sebab orang beriman saja yang akan punya "basirah" atau pandangan mata hati. Maka, dengan itu dia dapat lihat segalanya dengan kaca mata Allah. Sekalipun sehalus-halus dan seseni perasaan. Dia akan gerak dan tunjukkan. Dia akan lindungi dan pelihara. Dia akan jaga hati. Jaga mata. Jaga langkah. Jaga jasad. Jaga jiwa. Jaga akal. Setiap masa dalam kawalanNya! Allahhu Akbar. Hmm.

3. Selalu cuci hati, agar dapat kebersamaan dengan Allah. Rongga hati itu, tak boleh ada dua cinta. Itu bukan kata manusia, itu kata Tuhan. "Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya." (Al-Ahzab:4) Maka, bila hati dihuni cinta-cinta yang lain, cinta Allah itu tak dapat tembus. Susah sekali nak rasa nikmat bersama Allah. Bila tak dapat tembus, banyak hal-hal kebaikan akan terhalang. Maksiat mudah benar melingkari hati. Hawa nafsu sukar dijaga. Hati sukar terdidik. Dan, akal banyak angan-angan palsu! Dan juga, mata akan menangis pada hal yang tak selayaknya untuk menangis. Allahu Allah. Hmm.

4. Cinta apa jua kerana Allah. Cinta apa juga dengan iman dalam dada. Maka, takkan ada sifat-sifat atau kepentingan yang lain. Bila Allah takdirkan sesuatu, automatik redha dan ikhlas itu ada. Subhanallah, nikmatnya mencintai yang lain kerana Allah. Hmm.

5. Berusahalah tingkatkan amalan sunat, untuk pupuk cinta pada Allah. Tak apalah, sikit-sikit. Tak apalah susah-susah waktu mula. Tak apalah ada rasa malas dan sebagainya. Lawan dan cuba juga. Allah tahu, kita nak dekatkan diri dengan Dia. Kita nak cuba mencintai Dia. Kita nak belajar membina iman, dan mengurangkan maksiat. Allah tahu! Banyakkan berdoa, agar hati mudah lembut. Ringan untuk taat dan berbuat. Allahhu Allah, Dia Maha Penyayang! 

6. Sekecil-kecil ujian, ada sebesar-besar hikmah. Inilah cara orang beriman pandang setiap ujian yang mendatang. Kita tak nampak sekarang, mungkin pada masa hadapan. Anugerah yang terlewat itu, tentu lebih indah. Ini pesan kekasih hati, Srikandi Cairo. Percayalah!

7. Saya tak kecewa, dan saya tak putus asa. Perancangan Allah itu sungguh yang terbaik! Dia mungkin sedang bagi apa yang kita PERLU, walaupun MAHU kita itu mungkin yang lain. Cuma mungkin nyalaan iman masih terlalu malap, maka terlalu banyak bangkitkan persoalan, "kenapa, kenapa dan kenapa?" Ya Allah, mohon ampun. Mohon Allah lapangkan dada. Jernihkan hati. Hold on. He knows best. Please have faith.


Wallahhua'lam.


background song: without You, sami yusuf.




6 april 2011.
10.51 p.m

esok paper ethics.
(:

No comments: