Pages

Tuesday, March 15, 2011

Ingat.

Sungguhlah.

Ujian itu sungguh sangat mendekatkan hati dengan Pencipta.
Membawa diri dengan fitrah hamba yakni

..MENCARI TUHAN.

Tarbiyah hati,
buat makhuk na-si-ya
Pelupa, yang dia ada Tuhan.
Pelupa, yang dia ada Pencipta. 

Untuk dia ingat selalu,
Senang atau susah.

Untuk dia rindu selalu,
Lapang atau sempit.

Untuk dia berpaut selalu,
Kenyang atau lapar.

Untuk dia berteduh,
Panas atau sejuk.

Untuk dia berharap,
Ingat, atau lupa.
Bertaubat, atau berdosa.

Untuk dia cinta, 
kasih, 
sayang,
yang pertama-tamanya. 

Allahhu Rabbi.
Buatkan aku selalu mengingatiMu. 

:'(


"..Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal.."
 
(Al-Imran : 3:160)







ujian ini sesungguhnya peringatan.
adanya Dia.

supaya aku juga tahu,
aku ada Dia.
:)



1 comment:

banatly said...

Ujian menjadikan kita hamba yg hebat dn cekal.
Bernafaslah selalu dlm jiwa hama untuk beroleh kekuatan.

Salam syg :)