Pages

Sunday, March 6, 2011

Kerna Sayang.


Susah kan nak betul-betul ikhlas?
Susah kan nak betul-betul yakin dan percaya?

Inilah dua benda yang banyak sekali diajar sem ini. 


Sebelum ini, saya seringkali diperingatkan, "Ikhlaskan hati, belajar kerana Allah. Bukan sebab EXAM." 

Tapi, jarang sekali diajar praktikalnya. 
Dan, sikit-sikit sem ini adalah sem praktikalnya. 

Sem didik hati. 
Sem ajar hati.
Sem sental hati.
Sem basuh hati. 

Sem yang mengajar, kalau nak menjawab soalan, tulis sepenuh hati. Walaupun, kita tak berapa tahu sangat jawapannya. Tulis dengan hati, biar sampai ke hati pemeriksa. Soal hati ke hati ini, ada pula hubung kaitnya dengan percayanya kita pada Allah, Pemilik hati-hati itu. Jadi, nak taknak sebelum menjawab, pasangkan niat betul-betul, moga hati kita ikhlas menjawab. Hati kita bersih ketika menjawab. Hati kita lapang. Hati kita bersungguh-sungguh. Hati kita yakin dan percaya dengan pertolongan Allah.

Maka, natijahnya, tak mustahil kalau jawapan kita tak berapa nak tepat, tapi bila dijawab dengan sungguh-sesungguhnya, Allah akan lapangkan pula hati si pemeriksa atau lecturer tadi. Dengan pertolongan Allah, boleh saja Allah hadirkan rasa tenang saat menyemak paper kita. 

Subhanallah.

Jawapan yang terbit dari hati yang bersih itu, biasanya jujur. Aliran tenang dalam hati pemilik kertas itu tadi, akan terpancar pada bait-bait tulisan yang dia tulis. Maksudnya akan sampai, walaupun kata-kata dia mungkin berbelit. Kesungguhan dia menjawab, keluhuran dia cuba menjawab, dan keikhlasan dia mengaplikasikan apa yang dia belajar.  

Hmm.

Inilah yang sukar sekali dipraktikkan. Dan, sekarang.. saya mula belajar sikit-sikit. Walaupun tak banyak, sekurang-kurangnya, niat kita Allah tahu kan?

Jadinya, exam takkan jadi sesuatu yang menakutkan.
Assignment tidak akan terasa membebankan.
Quizzes tidak akan terasa menyeramkan.

Apa-apa saja!

Sebab kita yakin, dengan adanya Allah sebagai Pelindung dan Pemelihara.
Sebaik-baik tempat untuk memohon dan meminta.

Ya Allah, mohon dikurniakan hati selapang, seyakin, dan setenang itu.

Amin.
:)


+++++++

Dan, sikit-sikit elemen yang nampak sepertinya ada kaitan dengan ikhlas dan yakin ini, ialah hubungan kita dengan Allah.

Bila saya rasa iman saya turun, saya rasa macam segalanya seperti membebankan. Jadi, fikir-fikir, mungkin bila iman kita jatuh, keyakinan kita pada Allah automatik juga berkurang, maka natijahnya kita mungkin kurang berdoa. Dan kita juga mungkin kurang kebergantungan pada Allah, tapi lebih pada diri sendiri. Naudzubillah. Inilah kot sebabnya munculnya rasa TAKUT dan GELABAH itu..kan? 

Tapi, bila iman sedikit naik, maksiat kurang, dan rajin beribadah sikit..
Pasti rasa tenang walaupun dilanda masalah.
Sebab kebergantungan pada Allah itu ada, maka kita yakin yang Dia akan tolong kita. 
Dia akan mudahkan jalan-jalan kita. 
Dia akan lapangkan masa-masa kita. 
Dia akan sembuhkan sakit-sakit kita.

Ya Allah.

Bila rasa iman sedikit goyah, dan hati tak berapa tenang, baca Al-Quran banyak-banyak kali. Berlama-lamaan dengan Al-Quran. Andailah halaman pertama, kedua, dan ketiga belum menyentuh dan meresap ke hati, insyaAllah, yang kesepuluh pasti mampu menyuburkan rasa tenang itu! 

Atau sujud lama-lama. Atau doa dengan mata terpejam rapat-rapat. Dan dengan kumat-kamit yang sederhana dan khusyuk, insyaAllah. 

Kalau kita merasakan Rasulullah itu sungguh halus, santun, dan pemaafnya baginda..
Kalau kita merasakan kasih ayah itu sungguh di mana-mana,
Dan kalau kita merasakan sayang ibu itu dalamnya terlalu,

Maka, siapakah Dia?

Bukankah Dialah yang menciptakan seorang Rasulullah, menjadikan seorang ayah, dan menitipkan seorang ibu buat kita? 

Maka, 
KasihNya tentu lebih-lebih lagi.
:)

Ayuhlah, sama-sama mengatakan:
 "Saya sayang Allah. Saya cinta Allah".

Wallahhua'lam.











sem ini juga mengajar, 
hati itu, ada masanya..
perlu jadi korban.

moga Allah didik.
 amin. :)






1 comment: