Pages

Sunday, March 6, 2011

Belajar.

Huruf-huruf saya, benar sekali melambangkan peribadi. 

Sewaktu menulis, saya dapat rasakan getaran yang ditekan pada kertas, ringan dan bersahaja. Bermakna, saya suka bebas, dan tidak suka terikat pada sesuatu. Kata Dr. Omran, bebas adalah gaya penyair. Macam Hafiz Ibrahim, tidak suka pada ketenteraan yang terpaksa skema sepanjang masa. Barisan kena teratur. Lipatan seluar harus tajam. Smart dan beretika. Tapi, bukanlah bermakna saya penyair sebetulnya. Hati penyair, tapi bukan jasad sebetul-betulnya. 

Kalau menulis huruf-huruf jawi, adakalanya penuh hati-hati. Ekor huruf kadangkala pendek. Dan dulu, pernah ditegur, "Kenapa tak tulis atas garisan?" 

Mungkinkah itu satu ilustrasi bahawa saya sungguh berhati-hati untuk tidak mempamer kelemahan sendiri? Adakalanya, pedih sekali memendam sendiri-sendiri. Sakit. Inilah adakalanya penyebab berdiam diri itu, dan dengan guna kepala otak sendiri, saya jadi kurang rasional. Sangat-sangat.

Ya Allah. 

Dan sekarang, saya belajar untuk membuka diri. Sungguh-sungguh belajar. Rasa nak menangis pun ada dalam ranjau penghijrahan diri. Bukan nak menangis, memang dah menangis pun. Harapnya, orang yang saya datangi untuk meluahkan rasa, untuk bercerita sebanyak-banyaknya, walau dalam keadaan tersekat-sekat, teragak-agak, terketar-ketar, mampu memahami, dan mendengar. Saya lemah sekali bab ini.

Saya belajar untuk bercerita. Belajar untuk dirasionalkan. Belajar untuk menerima. 

Ya Allah, mudahkan.


ps: mungkinkah jugak sebab jiwa ini jiwa muda, jiwa disemberians, jadi..tak berapa nak rasional? heh. sekian. 
dear all,  i'm learning. :)  discussion. gtg!






1 comment:

Anonymous said...

ye.. jiwa disemberians.. huhu
rasional dalam kreatif.. :P