“Kita bukan apa?”
Bibir Yasmin mengherot, keningnya terangkat sebelah. Jelas sekali, dia kurang faham. Entah perkataan apa yang digunakan pelajar jurusan Kejuruteraan Mekatronik, teman sebiliknya yang satu ini. Tidak pernah kedengaran. Barangkali kerana kurang sekali terdedah dengan ideologi sains dan teknologi seperti itu. Kalau disebut tentang Umrul Qays, Nabighah Az-Zubyani, Zuhair Abi Sulma, Antaroh, barulah kena dengan jiwa dan minat. Nama pun pelajar bahasa.
“Humanoid Asimo. Robotlah, Kak..”
Har melarik senyum. Lubang di pipi kanan tersembul, menaikkan seri wajah. Walaupun saat itu, dia sedang berbaju kelawar, bersarung batik, dan kedua-dua belah pipi bertempek bedak sejuk yang berbau pandan.
Har sibuk membelek lakaran atas meja studi. Pensel mekanikal terus melayang. Sesekali diangkatnya lakaran ke atas, dibelek, dan dibetulkan mana-mana garisan yang dirasakan tidak kena.
“Har rasa, Akak kasar sangat? Paksa orang, macam Har paksa robot tu bergerak?”
Yasmin menjuihkan bibir ke arah rangka robot binaan daripada aluminium yang dibiar terbengkalai atas lantai. Har tiba-tiba pecah tawanya.
“Robot tu, sistem manusia, Kak.. Adalah sebab kenapa tak gerak. Mungkin sebab pencahayaan terang sangat, atau salah pemasangan sensor.”
Sekali lagi perkataan berbaur sains dan teknologi itu meniti bibir. Yasmin kali ini diam. Hanya mendengar. Otaknya seakan mula berfikir, dan cuba mentafsir sesuatu.
“Habis tu, Akak salah pakai sensor? Har.. apa sensor untuk robot yang macam kita? Maksud Akak eh..err.. apa tu, Asimo? Tergeliat lidah nak menyebut pun. Kita yang bukan Asimo ni..macam mana?”
“Humanoid Asimo?” Har senyum lagi. Yasmin mengangguk laju.
"Hati."
Har membalas, ringkas. Coklat panas dihirup perlahan-lahan, meski asap nipis masih kelihatan. Begitu menyegarkan anak tekak yang terasa kering. Har kemudian menyambung lagi.
"Tarbiyah berlaku secara tabi’e. Menjadinya sesebuah ikatan, bergantung pada interaksi dengan fitrah, Kak.. Cinta dan kasih sayang salah satu darinya. Ini kot aspek yang mungkin kita selalu salah pandang. Kita mengajak, tapi bukan dengan hati. Kita mengajak, bukan atas dasar ukhwah. Tapi, semata-mata hanya atas tiket kerja. Menonong hanya atas nama kerja dan tanggungjawab. Hambar bukan?”
Har lantas menghulurkan sekeping kad.
"Nah.. Handmade."
Semacam dibuat sendiri, dengan kertas berwarna hitam pekat. Tulisan di atasnya tertulis dengan pen berwarna perak yang berkilat. Bucu kad itu dihiaskan dengan manik-manik bunga berwarna-warni.
Satu-satu patah, Yasmin membaca. Akal mentafsir, hati menghayati.
“HATI YANG PUNYA IMAN ITU SUMBER PENGGERAK.”
“Tiada satu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Barangsiapa beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.”(At-Taghabun:11)
Yasmin mula menghitung diri. Sebak dalam tangis.
“Hati akukah yang sebenarnya RO..SAK?”
3 comments:
umy, ada ciri-ciri jadi engineer ni. engineer penyembuh hati :)
salam.
engineer la sangatt.
heh. :P
akak..
waktu tulis nie mmg tringat akak pun.
cuma umy tak ingat akak mekatronik ke apa..
umy hentam je sbnrnya.
hancuss.
ehe.
sbb dulu pnah sembang dgn jamaliah psl projek robot dia.
dia ada crita, robot dia tak jalan psl sensor.
hehe.
kiranya, adaptasi la nie.
heh.
:)
akak suke.best! btul la tu, mekatronik. sme ngn jamaliah. :)
akak pn tgh adjust 'sensor' ni.huu
Post a Comment