Bukan sebab kesejukan malam. Bukan sebab ketiadaan bintang sebagai peneman. Entah, yang pastinya ada sebab lain. Syair-syair sukar sekali dihafal, meski waktu ini waktu paling mujarab untuk menengadah subjek Tarikhul Adabi fi ‘Asril Jahili. Huraian “At-Thariq Ilal Qulub”, sentuhan Abbas As-Siisiy pun bagaikan tiada selari dengan jiwa malam ini. Umrul Qays tidak mahu berbicara. Mahmud Sami Al-Barudy juga tidak mahu berkata-kata.
Buku-buku bersepah. Kertas-kertas bertaburan atas meja. Pen berwarna-warni tanpa tersusun, persis keadaannya dengan perancangan yang juga berkecamuk dalam kepala.
Memang betul kata Dr. Rahmah. Kesunyian malam membuatkan manusia berinteraksi dengan emosi dan perasaan sendiri. Waktu inilah yang ada kekasih, teringat kekasih hati. Waktu inilah mula rasa sunyi dan sebagainya.
Dan.. waktu inilah orang itu sibuk-sibuk memeta hidup. Buka buku lama. Selak catatan lapuk. Kenang kisah lama.
Allahhu Allah.
Nak jadi orang yang berilmu, kena banyak membaca.
Nak jadi orang yang hebat, kena banyak belajar.
Nak jadi orang yang tahu segala benda, kena banyak buat salah.
Nak faham keadaan umat, kena bercampur dengan manusia.
Nak memimpin, kena tahu berorganisasi.
Pendek kata, kalau nak tahu semua, atau nak jadi seseorang, kena sentiasa belajar.
Dua tahun saja lagi di sini. Gerakan pantas masa, sekaligus menggulung bimbang. Bila tengok perancangan untuk sem ini, macam satu pun tak gerak. Bimbang sungguh.
Takutnya!
Terfikir juga, kalau jadi suri rumah sepenuh masa nanti, macam best jugak.
Tapi, fikir-fikir balik. Suri rumah yang ada tarbiyah, bukan calang-calang juga. Dia tahu didik anak-anak. Dia tahu jaga makan pakai orang rumah. Dia duduk rumah pun, membaca. Ada ilmu. Sesekali menulis, dan beri fikrahnya pada orang lain. Dia bina hubungan dengan jiran tetangga. Paling tidak, mengajar anak-anak kampung mengaji Al-Quran, ataupun tahu juga bagi penyampaian atau tazkirah pada teman-teman. Ada juga buat usrah kecil-kecilan.
Pun, kena ada ilmu juga!
Nak tak nak, memang kena berubah.
"Ya Allah.. macam mana nie?"
dan..
esaimen tak siap jugak. hampeh.
No comments:
Post a Comment