Pages

Friday, January 14, 2011

Beluncas Semalam.


Dunia terlalu mempesona.
Rakusan mengejarnya, aku jadi ralit.
Tanpa sedar, panahannya menusuk hati.
Seluruhnya.

Entah dari kaca mata apa,
Atau adakah perlu aku katakan,
Ianya KEBETULAN?
Islam sesungguhnya
Lebih mengajarku makna
TAKDIR.

Takdir Tuhan.

Takdir mengatakan, aku harus tahu,
Faham akan hakikat kehambaan
Yang sebenar-benarnya.

Disember merangkak pergi,
Mata masih juga tidak mahu celik,
Januari datang lagi,
Kenyataan depan mata,
Menyimbah lagi.
Menganak sungai.
Berjurai-jurai.

Tiada aku kenal makna kecewa,
Kerana takdir menemukan,
Makna kasih Tuhan.
Bukti cinta Tuhan.

Dan..sesungguhnya,
Dalam payah tatihan ini,
Rupanya keindahan mawar,
Keharuman aromanya,
Ada jari yang bakal terluka.

Semalam yang berlalu,
Ada harapan.
Ada janji.
Ada semangat.
Ada ketulusan.

Tanpa aku sedar, bahawa dulu ianya beluncas,
Yang ikhlas melalui fasa hidup,
Yang buta mengenal erti apa-apa,
Kini sudah lama bergelar rama-rama yang cantik.
Terlalu.

Jari aku yang terluka.
Mawar yang cantik,
Dan rama-rama yang indah.

++++++++

Tak mengapa.
Kerana kau masih nampak,
Darah itu merah.
Dan kau masih rasa,
Luka itu sakit.


Itu nikmat juga,
Bukan?
:)










umairah shafei, tarbiyah mengajarmu,

bukan untuk menjadi manusia,
tapi, menjadi hamba.

KUATlah!


Allah itu ada,
Dekat.
Sangat dekat.

Allah..
Allah..
Allah..
;'(


2 comments:

Anonymous said...

salam awak :)
bleh tak saya nk copy awak punya sajak ni..

Umairah. said...

w'salam wrt.
boleh, silakan.