Pages

Monday, November 22, 2010

Tanda sayang.

Nasib memang baik. Berlebam juga fizikal. Dalaman, saya tak pasti. Seingatnya, tak ada bunyi meletup yang maha sakit. Fikiran melayang entah ke mana, baldi beroda yang diheret tiba-tiba naik atas badan. Air yang harus tempatnya di lantai, tiba-tiba melencunkan satu badan. 

Haru juga, sebab sendirian. Kalaulah.. haiish.

Jenuh beristighfar lepas kena. Kuat! Jenuh melafaz syukur yang tak terhingga. Mujur masih boleh bangun. Pendek kata, tiada cacat cela. Tak lumpuh. Jangka masa panjang, saya tak pasti. Cumanya, setakat ini semuanya masih seperti sedia kala.

Terdiam.

Kalaulah Allah mahu tarik nyawa, bila-bila masa saja Dia maha mampu. Cuma, dalam leka kita, dalam alpa kita, takut waktu dihantarnya Izrael, kita tak sempat mengucap. Tak sempat bertaubat. Tak sempat redha.

Mujur Allah datangkan satu bala, yang saya kira kafarah dosa. Peringatan kealpaan dan kelekaan. Tanda Dia sebenarnya masih sayang. Terlalu sayang! 

Hermmm.

_____
huuu.ngeri!
8.04 p.m
homey.

No comments: