Pages

Friday, November 26, 2010

Empati.

Fikir-fikir balik, biar seremeh, sekecil atau semudah apapun masalah yang terkena pada orang lain, kita memang tak boleh ambil mudah kan? Sebab, dia adalah dia. Kita adalah kita. Kekurangan kita dan dia berbeza. Jasad lain-lain. Hati dan perasaan juga berbeza. 

Kadang-kadang, terlalu cepat kita menjadi seorang penghukum. Meletakkan diri seseorang sedang berada dalam ujian dan masalah yang mudah dan ringan. Melabelkan dia seorang yang lemah kerana ketidakmampuannya mengurus hal yang remeh dan mudah.

Itu bagi kita. Tidak bagi dia. Dan, sesungguhnya apa yang dia rasa, tak pernah sama dengan apa yang kita rasa.

Kalau kita alami masalah yang sama, kita mungkin kuat dan boleh menghadapinya dengan mudah. Tapi, bagi dia, itu mungkin satu kesukaran kerana terpaksa berlawan dengan hati dan persekitaran yang berbeza dengan kita. 

Dan.. Allah bagi ujian itu untuk dia, sebab itulah titik terlemahnya. Bukankah titik lemah seseorang itu berbeza? Jadi, wajar atau tak kita melabelkan, 

"alahhh.. kau tu ikut perasaan je."
"cubalaa..banyak-banyak bawak berdoa. kau ni tak pernah berdoa kot.."
"hishh..benda sesimple tu pun kau nak fikir. banyak lagi masalah besar yang perlu kau fikir, tau?"

Meletakkan diri dalam kasut orang lain, juga bukan perkara yang mudah, kan? 

EMPATI.

Herm.

Hatta nak diluahkan pada manusia satu dunia pun, belum tentu ada yang betul-betul memahami. Allah yang Maha Tahu segala rasa hati, segala titik lemah, segala ketidakupayaan, segala keretakan, kekecewaan, keputusasaan, dan kesemuanya. 

Maha Memahami dalam semua.

Allahhu Allah. 
:'(

"Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.." (Qaaf: 16)

Bila teringat kisah seorang pemuda bertemu Rasulullah s.a.w., dan meluahkan hasratnya yang teringin dan mahu sekali berzina, memang tak ada yang perlu dihairankan. Ada mesej sarat yang mungkin kita tak nampak. 

Dengan hati yang bagaimanakah baginda meraih pengaduan dan permintaan si pemuda? Dengan nasihat yang bagaimanakah hati pemuda jadi lembut dan tenang?

Paling penting, dengan kelembutan yang bagaimanakah yang ada pada baginda, hingga mampu si pemuda meluahkan hasrat yang langsung-langsung bertentangan dengan agama? Sungguh berani dan jujur. 

Subhanallah.

No comments: