Pages

Friday, November 26, 2010

Belakang.




Setianya seorang Carl Fredicksen. Merambu juga air mata adik tengok cerita UP. Susunan cerita yang unik dan menarik meski hanyalah cerita kartun disney. 

Ya. Kematian yang menjemput si isteri dahulu, tidak mematahkan semangat. Namun, tetap terus menggagahkan diri meneruskan impian dan cita-cita bersama. 

Terkadang, kalau boleh kita nak sangat memadamkan semua kisah silam yang dulu. Kalau boleh, mahu sangat-sangat, kita adalah kita yang zero. Tidak pernah mengenali siapa-siapa. Tiada pernah memiliki kenangan dan memori apa-apa. Yang pahit, tentunya. Semacam mahu padam, biar hilang terhapus terus. Namun, apakan daya. Masa yang cepat berlalu, meninggalkan terus. Namun, hakikatnya tanpa sedar, meninggalkan bekas yang dalam. 

Kita tak mampu padam. Takkan mampu, walaupun cuba sejuta kali sekalipun.

Yang boleh dibuat, hanyalah pandang ke depan. Harus juga menjenguk ke belakang. Sesekali mengalih ke belakang, bukan untuk memadamkan segala kisah episod silam. Buang masa saja, kalau terperuk dalam kejahilan yang lalu. Sakit. 

Harusnya, menjeling sedikit ke belakang, hanya untuk melihat sejauh mana telah kita capai dalam hidup. Sejauh mana kita telah berubah. Berfikir, bertindak, belajar..dan kesemuanya.

Walaupun setapak.

Susahnya, mahu memujuk hati. Bertindak "seoptimis", dan "sepositif" ini. Tapi, kalau tak mencuba, macam mana nak tahu kekuatan sendiri. Kan?

Huuu.

Saya tak nak cuba sungguh-sungguh untuk padam lagi. Berharap dengan sesungguhnya. Macam Fredicksen yang tidak hanya duduk dalam kesedihan, dan kekecewaan. Tidak berpaling ke belakang, merenung hakikat diri yang sedang bersendirian. Tidak kisah dengan pandangan orang lain, yang dia sebenarnya sedang bersendiri. Tidak peduli dengan orang lain yang merasakan dia perlu dihantar ke rumah orang tua. Tidak! Sebab dia tahu, dia masih ada impian Elle yang belum tertunai. 

Itu adalah Fredicksen, watak kartun. Impian dia hanyalah Paradise Falls. Bukankah seorang aku yang bukan watak kartun ini, harusnya memiliki impian yang lebih besar lagi? 


Fuhh. Sabarlah wahai hati. 


Fight! InsyaAllah. :)


1 comment:

Anonymous said...

salam, akak boleh bagi link nak download cerita ni tak?