Pages

Monday, January 26, 2015

how i met myself (entah yang ke berapa kali)?

bismillah
 
selain tidak bebas menyatakan naluri dan kehendak, saya merasakan dewasanya kita, telah terdidik untuk tidak berani memiliki 'perasaan' sendiri. hatta perasaan kita itu cuma berputar-putar di dalam hati. bukankah adakalanya kita malu, dan menafikan perasaan tertentu? bahkan, ada pula yang cuba membunuhnya, hingga ia langsung sakit dan mati! sedangkan, ia belum pun teroka, hingga dia telah tahu sama ada perasaannya itu sememangnya 'salah' atau 'benar', 'mustahil' atau 'mungkin', dan sebagainya.
 
jujur, saya juga. saat mahu menuliskan atau memberitahu tentang sesuatu, misalnya. meski ia cuma seputar hal-hal yang terbiasa orang-orang besar menganggapnya remeh dan kecil. namun, tersedar saya akan satu hakikat bahawa, 'menulis' benar-benar mengajarkan saya memiliki perasaan saya sendiri. teruntuk saya, hak saya, milik saya, kepunyaan saya, abadi; tidak tersentuh oleh apa-apa atau siapa-siapa pun, dan kesemuanya dari -Dia, tentunya. dengan itulah hakikatnya, saya lebih bebas.
 
kawan, indahnya memiliki perasaan. lebih indah lagi, saat kita tahu dan jelas dengan perasaan kita. lebih lebih indah lagi, saat kita mampu menyatakan perasaan kita. lebih lebih lebih indah lagi, saat kita mampu bertindak dan bertanggungjawab terhadap perasaan kita, dalam hal apapun.

saya suka bagaimana beberapa orang budak kecil di sebelah saya suatu hari, begitu riang bermain-main dan melompat-lompat di dalam tren. sepertinya, mereka betul-betul kali pertama meggunakan khidmat lrt. seorang budak perempuan, dan dua orang lagi budak lelaki yang ditemani ayah dan ibu. sepanjang perjalanan 'bersama-sama' mereka di dalam tren, mulut mereka tidak berhenti-henti ketawa dan bercakap sesama sendiri sambil menjeling ke luar tingkap.

"yah, benda lembut tu apa?" tanya si sulung, menudingkan jarinya pada satu ruang bergetah di dalam tren.

"wahhhhhh, sungai yah! ada ikan tak?" tanya si adik perempuannya, pula.

"wowwwwww, tu jambatan kan?" sahut yang seorang lagi pula, diikuti suara-suara seterusnya.

"gayatnyaaaa tengok bawah ni."
"ibuu, macam rumah kitalah tu!" 

perbualan dan pertanyaan ini terus terjadi, hinggalah mereka sama-sama turun di stesen klcc. sepanjang perjalanan, saya perhatikan sahaja reaksi ayahnya, sama ada dia akan hentikan pertanyaan anaknya lantaran malu dengan karenah mereka yang menghingarkan suasana, atau dia akan terus bersabar melayan pertanyaan-pertanyaan tersebut.

sangkaan saya, ternyata meleset. kesemua pertanyaan dijawabnya tenang dalam keadaan dia sedang berdiri, memandangkan kesemua kerusi sudah penuh diduduki.

"ohh, itu untuk tren ni nak belok nanti."
"mana ada ikan dalam tu. sungai kotor, ikan mati."
 
anehnya, saya pula yang terasa puas. ada satu kelegaan melihatkan gelagat mereka ini. alangkah betapa jujurnya mereka ini menyatakan perasaan dan bersoal jawab, tanpa bimbang sedikitpun! salah, tidak benar, ragu-ragu, tidak yakin, semuanya tidak ada sama sekali. bebas!
 
 
 
 
saya suka apabila saatnya perasaan saya sendiri 'menyentak', 'memukul', dan 'menyakitkan' hati saya. dengan itulah, saya akan lebih maklum dan jelas dengan perasaan saya sendiri. saya suka bagaimana perasaan tersebut akan menghantar dan menggerakkan saya ke arah sesuatu. saya suka bagaimana ia akan membuatkan saya lebih tahu dan jelas dengan apa yang saya mahu, tanpa berdiri terkulat-kulat ketidakpastian di tempat yang sama; tidak bergerak dan sibuk bersoal jawab dengan diri sendiri.
 
ah, buang masa!
 
 
 
 
berani; tidak bermakna kita harus menyatakan dengan jelas dan lantang pada sesiapa sahaja. ada hal yang tidak perlu terkhabar pada sesiapa, cukup dengan cuma 'bercakap-cakap' dengan Allah. sebab hanya Dia sahajalah yang Maha Tahu urusan hati; yang akan menambahkan saat terkurang, yang akan mengendurkan saat terlebih, yang akan menyederhanakan kesemuanya menjadi lurus dan benar.
 
bukankah dengan tangan-Nya jualah akan digerakkan dan disempurnakan segala urusan kita, sekecil dan sesukar apapun? andai kita cukup yakin, tiada yang baik, melainkan cuma dari Dia.
 
 
beranilah, walau cuma dengan diri.
beranilah, walau cuma dalam doa.
 
 
heyyyy, "if you don't like how things are, change it! you're not a tree!" - jim rohn

ps: teruntuk saya, "bebaslah dikau ber-perasaan menjadi perempuan yang kompleks, sekompleks entri ini, heh!" :p
 

3 comments:

Anonymous said...

selain tidak pandai mengulas kompleksiti entri, tentang indah kebolehan tindak, tentang rasa yang terdindingkan hati atau apa-apa lagi, saya cuma nak kongsi quote ini;


"apa yang kita punyai mungkin tidak terlalu kurang. kita layak, dan barangkali sangat pantas mendapatkan sesuatu yang kita inginkan.

hanya saja, dari sebuah kelebihan yang kita miliki kita melupakan sesuatu yang lain dan itu membuat kita tersadung. kita gagal dan terperosok.

oleh kerana itu kita perlu untuk selalu BERKACA dan melihat ke dalam diri, apa saja yang menjadi penghalang kita."

- sulthan hadi.

:)

Umairah. said...

anon;

anehnya, komen ni tak buat saya lebih renung quotes tu, tapi lebih terfikir siapa anon yang tulis ni. rasa macam tahu, tapi macam tak tahu pulak. ahah!

anehnya sebab baca komen anda ni, macam baca diri sendiri pulak. dia macam, "oh myy this is sooooo me!" K, drama.

btw siapapun anda, terima kasih :)

Ummu Khalyf said...

nak pinjam tajuk boleh? :>