Pages

Sunday, December 22, 2013

tentang sekolah dan ujian;


bismillah

(i)

dalam buku “Episode Cinta Sang Murabbi” (kalau tidak tersalah), ada disebutkan; Allah tidak akan menguji kita, sampailah kita betul-betul telah ‘memperolehi’ atau ‘menghadam’ tentang sesuatu. atau mungkin, inilah pemaknaan di sebalik “la yukallifullahhu nafsan illa wus’aha – tidak Allah membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

persis, macam di sekolah. kita tidak diuji dan teruji dengan sesuatu, melainkan kebiasaannya telah diajar atau diberitahu tentang itu. bab-bab tertentu, misalnya. ataupun, subjek-subjek tertentu.

sama juga ujian, dalam kehidupan secara keseluruhan. pernah kita menghadam bab ikhlas, atau ihsan, atau khusyuk, atau sabar, atau apa-apa ilmu dan pengetahuan yang telah kita tahu dan faham, lalu Allah uji pula dari sudut praktikalnya?

hmm?



dan kita akan diuji lagi, diuji lagi, diuji lagi, hinggalah telah tersibghah akhlak yang sebenar-benarnya dalam diri. dari situlah, segala yang dipelajari akan benar-benar termaknakan. 

dan mungkin itulah juga, namanya 'keberkatan' dalam apa saja yang telah dipelajari.

hmm.

(ii);

untuk adik-adik yang selesai memperoleh keputusan PMR, beribu-ribu-tania walau apapun keputusan yang tercatat. 



kalau anda ‘ikan’, anda pandai ‘berenang’! kalau anda ‘katak’, anda pandai melompat! kalau anda ‘kambing’, takkanlah ingin dipaksa-paksa anda menguak seperti ‘lembu’. 

pendek kata, percayalah bahawa anda istimewa dengan cara, kemampuan, dan bakat anda. teruslah bercita-cita!

tahniah Iman! :)

ps: untuk kakak-kakak yang sedang 'berjuang' menghadapi final exam juga! untuk kakak yang tengah menaip juga demi ujian dalam sekolah hidup yang silih berganti. selamat bertabah!

4 comments:

Unknown said...

boleh saya nanges tak =( info yang sgt bermakna. bila saya ingat2 balik..ujian yang sama datang berkali2 ujian yg mmg pada titik terlemah sy..sy rasa tak mampu nak hadapi...sampai sy rasa sgt2 down meski waktu yang sama saya berada dlm hq...rasa dgn hq pun sy x mampu nak kikis..tapi alhamdulillah Allah sgt2 baik dan beri kekuatan dlm hq juga sy berjaya atasi ujian tu...sbb sy fkr apa guna sy masuk tarbiyah kalau sy masih lagi seperti dulu..
jzklh akak..sayang akak!(akak rasa akak knl sy tak)^^,

Umairah. said...

seorang pencerita;

alhamdulillah :D

insyaAllah, bila ada keazaman yang kuat, pasti Allah akan mudahkan.

teruskan usaha lagi. Dia paling mengetahui niat dan kesungguhan kita. okay?

kalau akak kata, akak kenal acane? akak ada 6th sense, jangan memain. ahah :P

Anonymous said...

woa...cayalah..><, yeke..le saja je ni..hahahah

Unknown said...

owh akak tahu ek?ye ke ni~-,?
em..boleh kata itu kesilapan terbesar dlm hidup yg sy pnah buat n pernah tahu...nak delete terus dalam hidup tapi tak mampu..=( akak doakan sy ek..