Pages

Wednesday, March 30, 2011

2 dalam 1.


"Dr, saya telah didik anak saya solat sejak berumur 7 tahun. Tapi, entah sebab pergaulan atau apa, jadi begini. Di rumah, saya dah siapkan kain telekung dan sejadah untuk dia solat. Bila ditanya, dia akan jawab, dia sudah menunaikan solat. Namun, masalahnya saya lihat kain telekung dan sejadah masih sama sebagaimana yang saya letak tadi. Jadi, bagaimana ya Dr.? Bagaimana teguran yang sepatutnya, sebab saya bimbang kalau didesak berulang kali, dia akan fikir saya tidak percayakan dia. Takut kalau dia ada perasaan, "Ibu ni sudahlah, kalau tak percayakan kakak!". Jadi, macam mana ya?"

"Cara yang saya rasakan terbaik adalah jangan ditanya sama ada anak sudah solat atau belum. Cukup kalau dikatakan secara baik, "Kakak, Ibu tahu kakak belum solat. Sejadah, kain telekung sama macam yang Ibu letak tadi. Kalau betul Kakak buat, alhamdulillah Ibu terima dan percaya. Tapi, kalau belum buat, Allah sama sekali tak terima." 

Usah berdebat, terus tinggalkan anak sebegitu saja untuk mengajak dia supaya berfikir."

atau

"Cara kedua. Suruh dia segera berwudhuk, dan tunggu sampai dia mengangkat takbir. Selang masa untuk menunggu lebih kurang 5 minit saja. Bila anak sudah mengangkat takbir, tinggalkanlah dia. InsyaAllah, dia memang akan dan sedang solat." 



~ikim.fm 

+++++++


Teringat dulu-dulu.
Selalu mengelat bila sampai waktu sembahyang.
Solat tu memangla solat. Tapi, macam ayam patuk. Cepat dan sungguh ringkas.
Kadang-kadang tipu Ummie jugak sekali sekala.
Huhu.

Allahhu Allah.
Alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan dan bagi kefahaman tu.
Kalaulah sampai sekarang, solat masih macam dulu..
Ya Allah.

Apapun, refleks segmen "Permata Hatiku" anjuran Motivasi Alihan Pelajar (MAP Training) yang dikelolakan oleh Dr. Tengku Ismadi di IKIM.fm memang menyegarkan. Pencerahan yang bermakna. Bukan untuk yang bergelar ibu bapa saja, malah untuk saya sendiri pun rasa sungguh-sungguh berguna.

Saya sangka Dr. Ismadi belajar psikologi dulu. Bila tengok-tengok balik profil Dr. ni, rupanya bekas pelajar USM, jurusan Kejuruteraan lagi! Bukan ijazah saja, malah sampai peringkat doktor falsafah! Tapi, alih-alih sekarang jadi pakar motivasi yang berjaya.

Subhanallah.

Teringat juga segmen "Motivasi Pagi" tadi. Motivator tu seru, supaya banyak-banyak doa pada Allah. Supaya Dia lorongkan kita ke arah apa yang sesuai dengan kita. Ke arah kemampuan dan kelebihan kita. Minta Dia tunjukkan dan halakan kita ke arah itu. 

Hmmm.. kalau Allah kata penjual pisang goreng itu yang terbaik untuk kita, maka layakkah untuk kita persoalkan? Bukan jenis rezeki itu yang harusnya dipersoalkan, tetapi sumber rezeki tu.

Subhanallah.

Ermm. Mungkin mulai sekarang, kita kena belajar cakap, "Aku tidak pernah dapat apa yang aku sukai. Maka, aku akan belajar menyukai apa yang aku dapatkan."

Bila jadi hamba yang bersyukur dan qanaah, insyaAllah hati tenang sentiasa.
Allah knows best.
:)

Wallahhua'alam.



*motivasi pagi: isn-jum 7.30 a.m, ikim. fm 
*permata hatiku- tak sure. tapi dengar tadi, agaknya macam 5.30 p.m. maybe isn-jum jugak kot.










IKIM.fm bleh jadi terapi paling baik
saat huruf  arab dah macam tungging terbalik
dan kepala mula pening-pening. 

huhu.

Tuesday, March 29, 2011

Awak, doakan saya!



Seorang salafussaleh, Said bin Musaiyyib memiliki seorang putri. Putri Sa'id bin Musayiib menikah dengan salah seorang muridnya. Suatu pagi, suaminya hendak keluar rumah, ia bertanya:

 "Hendak pergi ke mana, Kakanda?"

 Suaminya menjawab:
"Mau pergi menghadiri majelis ilmu ayah."

"Coba, Kanda duduk sini," katanya. "Akan kuajarkan kepadamu semua ilmu ayah."

Pernah satu hari, ayah menziarahiku dan berkata kepadaku, "Bagaimana, sudah selesaikah engkau membaca tafsir Al-Quran?" tanyanya. 

"Sudah," jawabku.  "Tapi, ada satu ayat yang tidak saya pahami." 

Ayah bertanya kepadaku, "Ayat manakah yang engkau maksud?" 

Aku menjawab: "Firman Allah: Ya Rabb kami, berilah kami kebahagiaan di dunia, dan berilah kami kebahagiaan di akhirat, dan selamatkan kami dari api neraka."

Yang dimaksudkan dengan kebahagiaan di akhirat adalah syurga, lalu apa yang dimaksudkan dengan kebaikan di dunia?"

Ayah berkata: "Wahai anakku, yang dimaksud dengan kebaikan di dunia adalah wanita shalihah."


Hal ini juga senada dengan sabda Nabi,


"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita shalihah."


+++++++

Subhanallah.

Bangga tak jadi seorang wanita?
Bangga kan? Kan?
Hehe.

Moga kau 'izzah dengan dirimu sebagai wanita!
Moga bergelar solehah!

Salam penuh cinta dan sayang buat seluruh wanita di dunia.
Doakan aku juga bakal seSOLEHAHmu.
 
Dan nanti, bila awak solehah, saya solehah..
Kita bakal sama-sama mewarnai dunia dengan solehah.  
Eh, eh. Soleh dan solehah! ;)

Amin ya Allah.
Amin.
Amin. 
Amin.







*kisah dipetik dari buku Tarbiyah Dzatiyah, Solikhin Abu 'Izzudin tanpa mengubah ayat sedikitpun. :) seriusly, memang booster yang best time-time exam nieh. :D 



Monday, March 28, 2011

Peduli.

Haihhh.

Saya rasa, saya perlu teman untuk berbincang tentang semua ini.
Ini juga. 
Ini, ini, dan ini juga.
Yang boleh tolong memahamkan dan bagi pencerahan.

Kadang tak faham.
Tapi nak faham, sebab memang perlu faham!

Bagusnya eramuslim.com, bukan sekadar berita.
Tapi, sebuah ANALISA
Sangat-sangat rugi rasanya kalau tak baca, dan tak faham.

Tentunya bukan analisa biasa, tapi analisa yang membuka minda, mencetus semangat, dan menyuburkan ghairah seorang saudara, dan seorang pejuang agama.


"Barang siapa tidak mengambil peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka (Islam)”. (hadis)

Hmm.



*saya sangat lemah laaa bab-bab berita nie. haila. tapi..sebagai muslim, memang patut ambik tau kan. kan? kan? ciri peribadi muslim-mutsaqqofatul fikri (berpengetahuan luas!) baru berkembang, and selalu ada kesedaran. seriusly, juga meningkatkan keimanan. hmm. 

*mungkin kita patut ada waktu khusus, SETIAP HARI tak? mungkin! 

*luahan hati semata-mata.











mungkin patut ditambah ini sbg
wishlist 
sem depan.

amin.

Sunday, March 27, 2011

Tell me.



Oh the moon has come
The day is done
The night has covered up the sun
 I have stood so often before you to pray
But I wonder Allah, tell me, what did I do today?

Did I remember the words of Al-Fatiha?
Did I take time to thank you for all that I have?
Did I call on you to guide my way?
Tell me, what did I do today?


I has whispered to you

As I made ruku'
Subhana rabiy'yal adheem.

But was my faith
Bright or grey?
Oh Allah, tell me, what did I do today?

Did I smile at my brother?
Was I kind to my mother?
Did I teach another something that I know?
Or did my love of this world lead me astray?
Tell me, what did I do today?


Sami Allah hu liman hamida

Rabanna lakal hamd
Sami Allah hu liman hamida
Rabanna lakal hamd
La illaha il Allah
La illaha il Allah

Though I've bowed to you

With my face in the dust
Subhana raby'yal a'la

Did I turn to you
And did I obey?
Oh Allah, tell me, what did I do today?

 
Did I use my time?
Did I use my mind?
If I search my heart what will I find?
The light of your guidance is a glimmering ray,
Tell me, what did I do today?
Oh Allah, tell me, what did I do today? 







muhasabah:
hari nie, banyak ingat Allah tak?


Allah..
astaghfirullahhal'adzim.


Alangkah bestnya kalau..



Dear Diary,

Hmmm. 

Seronoknya kalau cinta Allah menebal dalam diri. Kan? Kita akan terdorong untuk buat segalanya dengan cinta Allah. Mu'ayasyah dengan cinta Allah. Hidup dengan cinta Allah. Bila ada rasa berat ataupun malas, cinta Allah tu akan dorong kita. Bila rasa susah sangat nak jauhkan diri dari maksiat, cinta Allah tulah yang jadi energi dan motivasi untuk istiqamah. Bila rasa diri tak yakin, cinta Allah tulah yang akan kata, "Takpa. Allah ada. Go on! Move!" Bila rasa tak sabar, bila rasa stress, bila rasa sendirian, bila rasa sunyi, bila rasa geram.. dan grrrr nak marah! Cinta Allah tulah akan jadi booster, savior. 

Kita marah pun kerana Allah. Kita geram pun kerana Allah. Kita sayang, benci, cinta, belajar, fikir, sedih, dan semuanyalah..kerana Allah! Memang terbaiklah kalau dapat jadi orang yang macam ini.

Dan, seronoknya bila hati boleh selalu fikir yang kita sebenarnya ada tempat untuk bermanja, meluah kasih, mengadu, mengharap, meminta. Nikmat betul rasa itu. Doa bukan kena formal, dan tak semestinya kena angkat dan tadah tangan. Paling penting, Dia paling faham semuanya! Dia paling tahu keinginan hati. Dia paling dekat. Hahhhh... Dialah segalanya!

Kalau buat salah, dan kita bertaubat, Dia ampunkan. Kalau kita meminta dengan sungguh-sungguh, Dia akan bagi. Kalau kita resah gelisah, Dia akan tenangkan. Kan? Tapi, kenapa selalu lupa? Kenapa nak jugak hilangkan tension dengan benda yang tak sepatutnya? Kenapa nak mengadu, merintih, menjerit, pada yang tak sepatutnya? Kenapa nak larikan diri dari Dia? Kenapa sombong taknak sujud? Kenapa nak berpaling dan cari yang bukan kekal pun?

Hmmm.

That's why, rasa nak sangat cinta Allah tu diam-diam dalam hati.
Tak lari lagi. 
Tak tercicir lagi.

Malah, kalau boleh nak sangat bertambah-tambah lagi.
Hmmm. 

Tapi, tahu. Itu memang susah dan sukar sekali.
Tapi, tak mustahil kan?

Dear Umairah,

Awak hanya perlu BELAJAR dan BERUSAHA kikis mana-mana yang tak perlu di hati.
Maksiat mata, tangan, hati, mulut, dan semuanya. Kikis perlahan-lahan, sampailah IMAN itu rasa begitu besttttt, nikmattttt, lazattttt dan manissssssss sangat!

BELAJAR dan BERUSAHAlah buat apa saja yang boleh dekat dengan Allah.
Ok..
Kita mulakan dengan... 

Itu dulu!
Hmmm.

Gambatte!
Moga menang.




huhu..alangkah!
27 mac 2011.

Saturday, March 26, 2011

Abadi.

Ermm.

Bila sudah berlaku hari kiamat..
Bila sudah kita dihisab, dihitung amalan, dan diberi balasan..
Syurga atau Neraka..

Kalau baik di Syurga..
Kalau buruk di Neraka..

Pernah tak tiba-tiba sekali
Terlintas dan terfikir,

"Hermmmm, lepas berlaku semua tu kan..kita duduk sana sampai bila ya?"

Kalau di dunia, ada penghujungnya. Ada KEMATIAN.
Saya kadang-kadang terfikir tentang benda-benda nie. 
Huhu.

Dan bila sampai ke hujung persoalan tadi tu,
Dah tak ada jawapan lain dah melainkan, 

"SELAMANYA"
"Akhirat kan kehidupan abadi, kekal dan selamanya?"

Dan bila dapat jawapan tu,
Dan bila rasa yang hari kiamat tu memang akan berlaku,
Pasti sepastinya,
Dan bila rasa kita akan duduk selama-lamanya di situ,
Dan bila rasa memang itulah kehidupan yang nyata,

Rasa takut.

Amalan diterima tak? 
Amalan ada unsur riak takbur ujub semua tak? 
Amalan ikhlas tak? 
Amalan cukup tak? 
Amalan sempurna tak?

Amalan yang sekarang, mampu tak menjamin bahagia, di kehidupan yang selama-lamanya tu? 

Bayangkan kalau kita TAK BAHAGIA di KEHIDUPAN YANG SELAMANYA tu,
Kat mana lagi kita nak lari?
Kat mana lagi kita nak harap?
Kat mana lagi kita nak minta?

Ya Allah..
Cukuplah mati dan akhirat sebagai peringatan dan motivasi. 
Ampunkan dosa-dosa kami.
Ikhlaskanlah niat-niat kami.
Terimalah amal-amal kami.
Halakanlah kami ke arah kebaikan dan SyurgaMu.
Jauhkanlah kami dari kemaksiatan dan NerakaMu.

Amin.

Friday, March 25, 2011

Kata dia: "Jiwa militan itu.."



Kata dia:

"Militan yang difahami dalam Malaysia itu KERAS. 
Tapi, militan di negara-negara seberang itu..AKTIF!"

Kata dia:

"Fitnah yang menimpa wanita bertimpa-timpa, maka yang harus mengubah dan mendidik itu harusnya wanita juga. Lalu, siapakah wanita-wanita itu? Tentulah yang faham agama sebaiknya."

Kata dia:

"Harus difahami bahawa dakwah bukan terpikul di pundak lelaki sahaja. Harusnya disusuri kembali rentetan sirah, dikenali kembali dua wanita dalam perjanjian Aqabah II, dan bagaimana hijrah seorang Ruqayyah, keteguhan seorang Ummu Salamah, ketegasan seorang Ramlah, kecekalan seorang Nusaibah Ka'ab, keberanian seorang Sofiyyah Abd. Muthalib, kesungguhan seorang Ummu Sulaim, dan kesetiaan seorang Khadijah. Bukankah mereka juga wanita?" 

Kata dia: 

"Militansi itu adalah kejelasan dalam agama, dan keberanian mempertahankan agama. Tanpa sedikitpun mengabai atau mencabut fitrah wanita; lembut serta malu yang Allah anugerahkan." 

Kata dia:

"Militansi itu aktif. Bukan saja di luar, malah rumahtangga tak kurang hebatnya. Cekap mengurus suami dan anak-anak. Malah, masyarakat di sekelilingnya turut sama dipeduli. Bekerjaya. Kesemuanya hakikatnya insijam, dan bersinergi. Menghasilkan formula yang sungguh luar biasa. Dakwah yang berjalan, rumahtangga yang bahagia, serta kerjaya yang terurus." 

Kata dia:

"Tarbiyah menemukan formula itu. Kita dididik untuk selalu qiyam, dan puasa. Untuk selalu muhasabah dan mencuci hati. Untuk selalu memberi dan menerima. Kita dididik dalam suasana "payah" kepada "ringan" memberi nasihat, "perit" kepada "rela" menerima teguran. Kita dididik dalam suasana ukhwah, dan berdepan dengan segala macam jenis manusia.

Sangat sukar, dan prosesnya sungguh panjang sekali. Kesabaran, keteguhan, pengorbanan, berlapang dada, dan kesemua itu mulanya pahit, namun di akhirnya ada kemanisan."

Kata dia:

"Mulakanlah mencecep formula itu dari sekarang. Jangan merasakan bahawa perubahan itu boleh dibuat dalam masa yang singkat. Segala kebaikan yang dikembangkan pada masa sekarang inilah yang akan menjadi acuan, dan akan dibawa bersama-sama pada masa hadapan.

Pengalaman lalu, terlalu banyak mengajar dan membentuk diri. Kalau masih kurang pada bab ini, maka baikilah yang ini. Kalau masih jahil tentang itu, maka tampunglah segera yang itu. Agar nanti, kita tidak melatah, dan cekap mengurus kesemuanya dengan kemampuan diri sendiri- qadiran 'ala kasbi. Berdikari! 

Penyayangnya seorang ukhti pada ukhti yang lain, satu hari nanti akan jadi seorang ibu yang penyayang pada anak-anak. Kecepakannya mengurus dan melaksana program masa-masa ini, akan buat dia cekap mengurus kerjaya, rumahtangga, dan masyarakat pada masa depan. Kata-kata manisnya, murah senyumnya, tenangnya dia pada sahabat-sahabat, juga akan menjadikan dia seorang yang begitu kelak.. " 

Kata dia lagi:

"Apabila melihat kekurangan diri, muhasabahlah. Dan, berusahalah untuk mengubah. Tegas dengan diri. Keras dengan diri sendiri. Carilah segala macam cara untuk kita tinggalkan keburukan, maksiat, kecacatan, dan kejahilan yang masih lagi menghantui diri. Ada masanya nanti Allah akan uji, dan ingatlah bahawa ada pahala serta ganjarannya untuk itu."

Kata dia lagi:

"Masing-masing daripada kita ada kelemahan tersendiri. Tolong-menolonglah antara satu sama lain, dan saling memperbaiki." 

Kata dia lagi:

"Tarbiyah itu 24 jam sehari. Bukan meninggalkan maksiat hanya ketika dalam usrah atau halaqah. Bukan menjadi baik sewaktu dalam ta'lim sahaja. Bukan beriman hanya ketika menghadiri majlis ilmu. Bukan hanya ketika bersama sahabat yang baik."

Kata dia lagi:

"Orang yang lemah, serta tidak banyak beramal akan mudah hilang. Kerana, hati yang tidak disinari cahaya itu susah sekali nampak kebaikan-kebaikan yang datang."

Kata dia lagi:

"Ikhlaslah. Berdoalah dengan sebanyak-banyaknya, dan benarkanlah niatmu. Moga nanti, mudah untuk Allah memperlihatkan segalanya. Mudah untuk kita berfikir, merasa, dan bertindak. Jagalah kebersamaan dengan Allah."

Kata dia lagi:

"Jadilah orang yang sibuk. Kerana orang yang sibuk dengan hal-hal kebaikan, takkan sempat untuk menyibuk dengan hal-hal keburukan. Dia tiada sempat untuk berfikir hal-hal negatif, serta tiada waktu untuk berkhayal tentang hal-hal yang tak berfaedah."

Kata dia lagi:

"Jadikan usrah atau halaqah yang dua-jam-sekali-seminggu itu caj atau bekalan untuk seminggu. Jadikan ia sebagai kekuatan dan energi untuk diri bertahan. Ilmu yang didapatkan dari usrah atau halaqah, harusnya diserap, dihafal, dan dipraktikkan. Kemudian disebarkan! Bukan tinggal teori semata-mata. Inilah formula kejayaan Rasulullah dan sahabat-sahabat 1400 tahun dulu."

Kata dia lagi:

"Selalulah bersama sahabat yang baik. Sahabat yang mengingatkan diri pada Allah. Bila bersama mereka, kita hanya akan jadi baik, dan tak berbuat dosa atau maksiat. Dari persekitaran itulah, yang akan membentuk diri. Dari situlah juga, akan berlakunya peningkatan dalam amal. Seterusnya, akan sebati menjadi akhlak dan tabiat. Moga kemudiannya, Allah akan meningkatkan lagi kefahaman kita dalam agama."

Kata dia lagi:

"Jagalah hubungan dengan Allah. Jaga iman kita. Kerana, iman itulah yang akan membuatkan hati selalu tenang. Selalu sangka baik dengan Allah. Selalu mendapat petunjuk dan nasihat daripada Allah. Bila tersilap langkah, Allah akan betulkan. Bila gerak kerja melemah, atau ada yang tidak kena, Allah akan bagi tanda-tandanya."

Subhanallah.

--

Oh!
Sungguh jauh rasanya. 
Sangat-sangat jauh!

Ya Allah, 
Mudahkanlah langkah,
Bukakanlah hati,
Lapangkanlah dada,
Terangilah akal.

Untuk PERJALANAN aku
yang masih jauh lagi.

Amin.


Thursday, March 24, 2011

Umar.



"bekerja bersama Allah,
mampu ditegur oleh siapapun."

~motivasi pagi, ikim.fm





"bekerjalah bersama Allah"-Umar Abd. Aziz 

alangkah seronoknya,
kalau dapat selalu istiqamah,
 "bekerja" bersama Allah.

hmmm.

Hujan Pagi.



"..dia adalah sepotong awan putih di langit cerah
naik dan mengembang memenuhi angkasa
kemudian mencurahkan kurnianya di atas padang kehidupan
membuka kelopak mereka bagi menerima cahaya.."

[penyair, khalil gibran] 

 




 ps: teringin nak merasai curahan "hujan pagi" tangan manusia pulak. hahh.










hahh.
5.32 a.m-hujan.

howwwwww sweeeeet.
:)



Bila.

 
tazkiyatunnafs, said hawwa.


Bila langkah memberat
Bila gerak melambat
Bila jiwa hampa
Bila hati kosong
Bila ibadah tak khusyuk
Bila dosa jadi biasa
Bila maksiat tak ada apa-apa
Bila tekanan menimpa
Bila resah mendesah
Bila ukhwah tak terasa
Bila cinta manusia rasa nikmat
Bila pandangan tak terjaga
Bila emosi tak terkawal
Bila yang sunat pun malas
Bila Al-Quran pun sekejap-sekejap
Bila kata-kata banyak lagho
Bila mad'u lari dah mula terasa
Bila rasa nak lari jauh-jauh
Bila rasa down, down, down

Itu tandanya

Hati kotor
Hati gelap
Hati lemah
Hati penat
Hati kritikal


Patah balik ke "hospital" Tuhan,
Cari HATI, bina IMAN.


P/S:

Yerp. Pahit sekali bila berbuat dosa. Bila hati tak tenang. Bila jiwa kacau. Bila rasa ada yang seolah-olah hilang. Bila rasa ada yang tak beres, bila rasa ada yang kurang. Bila tak mampu nak rasa bahagia dan tenang, yang..speechless! Entah, taktau nak illustrate macam mana.

Tapi, sungguh nikmat dan manis sekali bila merasakan itu tandanya Allah sayangkan kita. Dia bagi kita rasa sakit, sebab Dia nak kita cari penyembuh. Dan penyembuhnya, tak lain tak bukan, Dia sendiri. Dia nak kita sujud, dan mohon ampun. Dia nak kita luahkan kelemahan kita, persembahkan ketaatan total, dan pinta kekuatan dari Dia.

Allahhu Allah.

"Sesungguhnya aku lemah sekali."

Ahhhh.


+++++++


Nah, terimalah ubat ini,
kepada mereka yang juga sedang

..mencari hati.

Moga terubat.

Wallahhua'lam.






wad- ICU.
makan ubat.

Wednesday, March 23, 2011

Hikayat 2060.


Mac, 2010.

Kaca mata tebal berbingkai itu dilucutkan. Anak mata itu bulat-bulat, duduk letaknya dalam sekali. Aku hanya renung tajam-tajam. Mata itu kuyu, selalu menitiskan air mata taubat. Mata itu letih terkandung beban yang sarat. Dan, mata itu jujur, masih lagi penuh cinta dan kasih. Bayangannya mengilat, kekal sejernih 45 tahun lalu. 

Dia hanya senyum lembut memandangku. Kami berdua-duan di pondok usang, merenung tingginya langit. Merasai hening suasana petang. Mengecap nikmat Tuhan serba serbi. Sungguh hangat dan mesranya alam.

Dan, saat alam berbisik, dia juga berbisik. Dalam lirih sayu, yang cukup mempesona. Kaca mata itu masih di genggaman.


"أنت عيني التي أرى بها"
"Engkau adalah sepasang mata, yang dengannya aku melihat.."

Aku sipu-sipu malu. Senyum selepas ditagih, dan melontarkan pula,

"أنت البيت الذي يكويني"
"Engkau adalah rumah yang di dalamnya aku sesungguhnya ada.."

Unggas mendecit. 
Senja pun berlabuh.

Sesenja usia kami.

~Hikayat Dr. Omran.

+++++++

Disember, 2060
 
Hujan turun renyai-renyai. Nipis dan halus. Sawah menghijau, menyejukkan pandangan. Aku terbatuk-batuk kecil, sambil mengurut dada. Dari kantung seluar, aku keluarkan ia dan genggam dengan jari lima yang berselirat urat sini sana.

"Apa tu, Tok?" Bibir mungil itu laju menyoal.

"Ohh..ini?"

Tubuh itu terhinjut-hinjut. Kepalanya cepat sekali mengangguk. 


"Cermin mata. Nenek kamu punya." Aku membalas. 

"Ooooohh.." Balasnya, sambil asyik menjilat saki baki Tofiluk di jari.

Aku sekadar menggeleng. 
Lalu, tersenyum panjang.

Mengenangkan..

"Engkau..
adalah sepasang mata 
yang dengannya aku melihat.."

Lirih. Itu kata-kata dia.
Satu ketika. 

Di sini, sawah yang hijau.

~Hikayat Tak Bernama. 



Tuesday, March 22, 2011

Rindu Semalam.


 
oh, ya! memang pun. saya bukan fotografer yang baik, tapi Dia, sungguh..Pencipta  terbaik.  



"..rindu semalam tertunai
hari ini 
dia datang lagi
nyatanya
bukan sekali.."


 





ya
Allah
kenapa
hujan
cantik
sangat

subhanallah
22032011



How are you, my dear?


generasi muda dan perubahan, fathi yakan.

++++++

"begitulah jua dengan jiwa dan hati, 
hendaklah diberikan makanan, kerana 
dengan jiwa ia beriman,  
dan dengan hati ia menjadi rabbani.."   

"sejauh mana pengetahuan yang ada padanya,
tidaklah terjamin 
selagi pembentukannya tidak rabbani,
kerana tanpa rabbani,
ilmu pengetahuan tidak akan dapat diasaskan
ke atas taqwa dan keredhaan Allah.."


ah-ha!

jadi hati kena selalu diberi makan; peringatan dan tazkiyatunnafs. dicuci, sampai jiwa beriman. erm, sampai hati mampu untuk kaitkan segalanya dengan Pencipta . inilah namanya jiwa rabbani.

dan waktu itulah pengetahuan yang ada, serta ilmu yang dikecap memang betul-betul berfungsi. makna kata, ilmu itu telah sampai ke tahap amal, lalu mampu tumbuhkan taqwa, dan dapat redha Allah. 

subhanallah.
begitu sekali.. nilai hati!

hmm. 

QOLBI, 
how are you my dear?







hati aku..
hmmh!


Monday, March 21, 2011

Baru aku tahu.


 



Ego.

Sombong.

Degil.

Keras hati.

Takut dikecewakan.

Takut kegagalan.

Tak suka dikongkong.

Takut untuk menerima. 

Takut juga tak diterima.

Rimas didesak dan dipaksa.

Perahsia.

Pemendam.

Perfectionist.

Pengecut dalam diam.

Kurang yakin diri.

Complicated. 

Tak tetap.


Dan..

Baru aku kenal.
Siapa aku.

Ya Allah.
;(


++++++

ومهما تكن عند امرئ من خليقة                            و إن خالها تخفى على الناس تعلم
و كائن ترى من صامت لك معجب                          زيادنته أو نقصه في التكلم


 ++++++

ada tak orang akan SELALU cakap:

"..cause you're amazing,
just the way you are.."

ataupun

"..what makes you different,
makes you beautiful
what's there inside you
shines through to me.."


Siapa agaknya yang boleh SELALU tahan ya?
Hmmm.
 
Jutaan layangan TERIMA KASIH!

:'(








perjalanan
TARBIYAH
sering
menemukan
siapa 
kita.


TARBIYAH
juga
seni
yang
sesungguhnya
mengubah.