Pages

Saturday, December 18, 2010

Kuat.





Rasanya kena makan supplement atau vitamin banyak-banyak sikit. Nampak saja macam kuat, tapi baru saya sedar, yang saya ini hakikatnya lemah. Sungguh-sungguh.

Makan kena jaga. Bersenam kena selalu. Sakit, cepat-cepat pergi klinik. Ini tidak, bila dah sakit teruk baru nak terhegeh-hegeh buat medical check-up. Alasannya, sebab malas nak jumpa doktor. Makan pun ikut rasa hati. Kalau hati kata makan, baru makan. Redah waktu bila pun. Tak berkhasiat pulak tu. "Bagus" kan? Huhu. 

Buatnya sekali scan, dapat penyakit yang entah merbahaya, tak ke haru?

Ya Allah, naudzubillah. 

Cepat letih, sedangkan masa muda macam sekarang, tak seharusnya macam ini. Lembik. Tak bertenaga. 

Kewajipan saja semakin bertambah dari hari ke hari. Masa yang ada harusnya diperuntukkan semaksimum mungkin. Kuat dan bertenaga sepanjang hari. Kalau boleh dari pagi sampai ke malam, kekal bertenaga. Siang bagai singa kelaparan. Malam bagai rahib dengan TuhanNya. 

Allahhu Allah.

Ini tidak. Buat kerja sikit, dah mengeluh letih. Diberi bebanan sikit, dah mengaduh nak rehat.

Sebab tu, baru tersedar, pentingnya tubuh badan yang sihat. Cergas sepanjang masa. Tenaga yang ada biar diinfakkan pada kerja-kerja berfaedah tentunya. Sebab tujuan hidup ini, tak lain tak bukan hanya dua saja tujuan utama. Pertama, sebagai hamba Allah, dan beribadah kepadaNya. (Adz-Zariyat: 56) Kedua, memakmurkan bumi Allah, sebagai khalifah atas muka bumi. (Al-Baqarah:30) 

Maka, masa yang optimum, sepatutnya hanya untuk dua tugas utama ini. Lain-lain yang menyimpang tertolak ke tepi. 

Dulu, saya hanya faham sekali imbas saja, bahawa antara empat perkara yang akan mula-mula ditanya, adalah MASA MUDAnya, ke mana dimanfaatkan? Sekarang, bila fikir-fikir, rasa takut. Sebab saya macam tak buat apa-apa pun untuk ISLAM!

Ya Allah.

Dan sekarang.. baru sedar sikit-sikit. Sedang belajar mengurus masa seoptimum mungkin. Ya, diakui. Bab pengurusan masa antara titik terlemah dalam hidup saya. Sangat-sangat. 

Huu. 

Mohon Allah selalu rendah dan bukakan hati untuk sentiasa belajar. Lapangkan dada. Tenangkan jiwa. Dan..beri tubuh badan yang sihat, cergas sepanjang masa. Kuat jasmani dan rohani untuk terus memperbaiki diri, tanpa henti. Sampai mati! 

Subhanallah.

Amin. 

“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaanNya Dia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.”

(Hadis Riwayat Muslim)

______
jaga kesihatan okey.
be strong!

No comments: