Pages

Thursday, March 6, 2014

VOID.

bismillah

VOID.


satu kata untuk hari-hari yang dilalui. berulang-ulang saya menyebutkan tentang hal ini. barulah saya tersedar, hakikatnya saya cuma menutup lubang, tanpa memenuhkannya atau mengisinya dengan sesuatu. saya rungkaikan isu-isunya, bercerita tentangnya, bercakap dan menulis mengenainya, namun hakikatnya saya belum pun menggali punca untuk mengatasinya.

kesannya, hari-hari yang dilalui terasa seperti suatu rutin (maaf), yang membosankan. bangun tidur, pergi balik kerja, pagi petang, dan malam siang semula, hingga saya terasa muak dan penat.

sebetulnya, saya tidak tahu apa yang saya cari. paling teruk, saya masih belum sepenuhnya kenal pun dengan diri sendiri.

sungguh, menyedihkan. saya boleh bercakap dengan panjang lebar, mengeluarkan dengan perkataan yang gah, atau mencipta gagasan idea yang besar, namun masih juga kosong bersebabkan tidak ternampak sedikitpun suatu peningkatan atau penambahbaikan dalam hidup.

jelasnya, saya masih di titik yang sama.

--

menjawab pertanyaan dari @twt_buku, "Quran and the Bible aside, do you guys have a book that you turn to when you are feeling troubled?"

secara peribadi, saya merasakan "Tuesdays With Morrie, Mitch Albom" adalah pilihan yang paling tepat!

dan semalam, terasa seperti dihadirkan seorang Morrie untuk diluahkan semua. satu malam yang pendek, namun terasa penuh. kami bercakap tentang hidup; urusan-urusan peribadi, kerjaya, cinta, tarbiyah, dakwah dan umumnya tentang masa depan.

dan bila dia mengunjukkan persoalan demi persoalan, "apa yang saya mahu? apa perancangan saya? apa yang saya lihat saya di masa depan? apa yang saya mahu jadi? sampai bila mahu bekerja sebagai editor? apa yang saya mahu capai? gaji yang bagaimana? taraf hidup yang seperti apa? bila mahu memiliki itu dan ini?", saya terdiam.

jujurnya, semua itu pernah tertuliskan, cuma entahlah. pendek kata, secara jelasnya, saya masih keliru dalam mencari dan membina identiti diri sendiri. untuk 25 tahun yang masih kosong dan gelap.

Allahhu!

mungkinlah apabila tidak terpeta hala tuju, maka hari-hari pun (walaupun terisi) tetapi masih terasa kosong tanpa pemaknaan.

"dan kawan, untuk urusan perasaan, sederhananya ia juga adalah sebuah kehormatan. baiki hari, baiki diri, dan baiki hidup. mujahadah dan fokus!"

demikian pengakhiran ringkas sebuah "intellectual conversations" bagi saya. terima kasih Allah, untuk malam yang menyenangkan hati.



"and if we can take the time to mute the noise
we’ve built around ourselves
the rhythm of a heartbeat and the purpose may be clear."

- why are the drums so silent, dawud wharnsby

Allah, mudahkanlah jalan-jalannya. 

ps: moga Allah mudahkan juga orang-orang seperti saya, ameen.