Pages

Tuesday, March 4, 2014

sepeninggalan Ibu.

bismillah

isyak
shasm

yang paling menenangkan hati tadi, ialah bacaan imamnya. sepertinya, sudah lama tidak menikmatkan masa-masa seperti ini. 

masa-masa tenggelam yang sesungguhnya di dalam bacaan imam, bersama dengan alunan kisah-kisah surah yang dibaca. 

solat Isyak tadi, imam memulakan bacaan surah dengan kisah Hajar dan Ismail. bagaimana saatnya ditinggalkan Ibrahim A.S, dengan cuma berbekalkan doa. indahnya rantaian doa ini, suatu ketika dulu ustaz pernah kongsikan makna asal perkataannya. "tahwi" (Ibrahim: 37) di situ bermakna 'kecenderungan'

seolah-olah Ibrahim A.S mendoakan agar sesiapa sahaja yang lalu lalang, dan melihat kedua-dua anak beranak yang ditinggalkan ini, 'kan tertimbul perasaan kasih sayang dan cinta, hingga terwujudnya 'kecenderungan' untuk tetap tinggal dan menetap bersama-sama mereka.

al-hasil, makmurlah bumi Mekah, hingga ke hari ini.

subhanallah.

--

sayunya, 'kisah' ini dilantunkan oleh seorang anak yang baru 'ditinggalkan' ibunya. meski sebak tak tertahan-tahan, moga setabah Ismail dan Hajar saat menanggung 'pemergian'.

kali ini, kembalinya tidak mungkin berkunjung lagi, namun si ibu menetap di sisi Kekasih teragungnya. moga makmur makamnya, disiram doa-doa dari anak yang soleh.

"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan solat. ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku. ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku, dan semua orang yang beriman pada hari diadakan perhitungan hari kiamat."

(Ibrahim: 40-41)
--

Allah, jadikan kami semulia susuk ibu yang melahirkan 'imam' ini,
ameen.

al-fatihah.

No comments: